Jejak: Portugis guna tipu muslihat jajah Melaka

Oleh Nasron Sira Rahim (nasron@bharian.com.my)

Kedatangan Benggali Putih ke Timur untuk teruskan Perang Salib, hancurkan Kerajaan Islam


TATKALA kita dilaungkan yang Malaysia kini sudah 50 tahun mencapai kemerdekaan, kita seolah-olah lupa yang negara sebenarnya dijajah selama 446 tahun.

Nyata usia kemerdekaan negara masih terlalu ‘muda’ berbanding tempoh tanah watan kita dijajah.

Antara penjajah pertama yang menduduki bumi bertuah milik kita ialah Portugis apabila mereka menjajah Melaka pada 1511 dan mendudukinya selama 130 tahun.

Bermula daripada Portugis, tanah air kita dijajah pula oleh Belanda, British dan Jepun sebelum ia diserah kembali untuk ditadbir anak watan sebagai sebuah negara merdeka pada 31 Ogos 1957.

Sejarah panjang penjajahan negara ini bermula dengan berlabuhnya angkatan laut Portugis yang digelar ‘Benggali Putih’ di Melaka pada 1509. Diketuai Lopez de Sequeira, angkatan laut Portugis dihantar Raja Portugal kononnya untuk menjalinkan hubungan persahabatan antara Kerajaan Portugal dan Kerajaan Melaka.

Bagaimanapun, terdapat niat lain di sebalik jalinan hubungan ditawarkan Portugis. Berbekalkan slogan ‘Gospel, Gold and Glory’ (Injil, Emas dan Kemasyhuran), mereka mula belayar ke Timur seawal abad ke-15.

Kedatangan Portugis ke Timur dikaitkan dengan keinginan mereka meneruskan Perang Salib; mereka ingin menghancurkan Kerajaan Islam di Timur termasuklah Kerajaan Melaka yang terkenal sebagai Pusat Pengembangan Islam di Nusantara seterusnya menyebarkan ajaran Kristian.

Selain itu, pelayaran mereka ke Timur juga bertujuan mengaut kekayaan menerusi perdagangan rempah seperti lada hitam, kayu manis, bunga cengkih dan buah pala.

Sebelum itu, perdagangan rempah dimonopoli pedagang Islam yang mendapatkan bekalan di Melaka sebelum menjual pada harga tinggi di Eropah. Portugis berpendapat jika mereka berjaya menguasai Selat Melaka, mereka akan berjaya mengambil alih kekayaan itu daripada pedagang Islam.

Berikutan itu, dengan bermanis muka, Lopez de Sequeira masuk menghadap Sultan Melaka ketika itu, Sultan Mahmud Shah dan bagai menanam tebu di tepi bibir, lelaki Portugis terbabit mula menaburkan janji manis mengenai kebaikan jalinan hubungan antara kedua-dua kerajaan.

Tanpa menyedari niat serong di sebalik kata-kata Lopez de Sequeira, Sultan Mahmud Shah menyambut baik hasrat Portugis malah membenarkan mereka berniaga di Melaka. Baginda juga memberi jaminan keselamatan sepanjang Portugis berniaga di situ.

Bagaimanapun, hasrat Portugis untuk menguasai perdagangan dan menentang Islam diketahui pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat lalu mereka segera memaklumkan muslihat bangsa asing itu kepada Bendahara Tun Mutahir.

Bendahara Tun Mutahir pantas menyampaikan berita itu kepada Sultan dan menasihati baginda supaya menangkap orang Portugis termasuk pegawai kanan mereka, Ruy de Araujo.

Lopez de Sequeira yang ketakutan kerana menyedari tembelang mereka sudah pecah, bertindak melarikan diri ke pangkalan mereka di Goa, India sekali gus meninggalkan beberapa anak kapalnya ditangkap dan dibunuh tentera Melaka.

Tindak balas Melaka itu segera disampaikan kepada Raja Portugal dan pada 1510, satu angkatan laut diketuai Alfonso de Albuquerque dihantar untuk menyerang Kerajaan Melayu itu.

Sebaik tiba, Alfonso de Albuquerque menghantar utusan menuntut askar Portugis yang ditawan segera dibebaskan dan Melaka perlu membayar ganti rugi kepada mereka. Wizurai Portugis itu juga meminta untuk mendirikan kubu di Melaka tetapi semua tuntutan itu ditolak dengan beraninya oleh Sultan Mahmud Shah.

Melihat tuntutannya tidak dilayan, ledakan meriam daripada kapal perang Portugis dilepaskan pada 25 Julai 1511 seterusnya bermulalah serangan pertama Portugis terhadap Melaka.

Soldadu perang Portugis segera mendarat di pantai Melaka dan peperangan hebat terus berlaku. Suatu ketika, askar Portugis berjaya menguasai jambatan Sungai Melaka tetapi pahlawan tempatan segera bangkit menentang.

Serangan balas diketuai Sultan Ahmad Shah menyebabkan angkatan Portugis terpaksa berundur.

Portugis kembali menyusun strategi dan melancarkan serangan kedua pada 10 Ogos 1511. Pertempuran hebat meletus lagi di bumi Melaka dan selepas dua minggu bertempur, akhirnya Alfonso de Albuquerque berjaya menawan dan menjajah Melaka.

Sultan Ahmad Shah dan ayahandanya, Sultan Mahmud Shah; pembesar, kerabat diraja serta beberapa rakyat terpaksa berundur ke Muar. Dari Muar, mereka berundur ke Pahang seterusnya Bentan.

Di Bentan, Sultan Mahmud Shah mendirikan kerajaan baru selepas kemangkatan anakandanya, Sultan Ahmad Shah. Selepas penawanan Melaka, Sultan Mahmud Shah beberapa kali cuba merampas kembali negaranya daripada Portugis tetapi gagal.

Seterusnya pada 1511 kekal dalam ingatan kebanyakan kita - ia adalah tahun di mana Melaka yang menjadi simbol kegemilangan Kerajaan Melayu di Tanah Melayu atau mungkin mewakili tanah air kita, buat pertama kalinya dijajah bangsa asing.

Kelemahan pemerintahan Melaka punca dijajah

PENJAJAHAN Melaka oleh Portugis pada 1511 turut berpunca daripada beberapa kelemahan negara itu sendiri.

Melaka yang dibuka pada 1400 oleh Parameswara atau Sultan Iskandar Shah mencapai kemuncak kegemilangannya sebagai sebuah kerajaan dan pusat perdagangan di zaman pemerintahan Sultan Mansor Shah iaitu dari 1458 hingga 1477.

Bagaimanapun, selepas kemangkatan Sultan Mansor Shah, zaman kegemilangan Melaka semakin menurun. Sultan Alauddin Riayat Shah yang menggantikan baginda, mati diracun pada 1488 seterusnya diganti Sultan Mahmud Shah.

Di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah, beberapa masalah dalaman timbul dalam Kerajaan Melaka antaranya kelemahan pentadbiran, masalah perpaduan, kelemahan ketenteraan sehingga akhirnya, kedatangan dan serangan Portugis menyebabkan Melaka akhirnya dijajah.

Kelemahan dalam pentadbiran kerajaan berlaku apabila Bendahara Tun Perak meninggal dunia pada 1498 dan jawatannya diganti Bendahara Tun Mutahir yang bersikap pilih kasih sehingga mencetuskan iri hati di kalangan pembesar lain.

Sikap pilih kasih itu juga menyebabkan Tun Mutahir difitnah yang beliau cuba mengatasi kekayaan Sultan menyebabkan Sultan Mahmud Shah amat murka. Tanpa usul periksa, baginda menjatuhkan hukuman bunuh kepada Tun Mutahir dan keluarganya.

Selepas kematian Tun Mutahir, barulah Sultan Mahmud Shah menyedari kesilapannya. Dalam kekesalahn, baginda menyerahkan tampuk kepimpinan kepada anakandanya, Sultan Ahmad Shah tetapi pengganti baginda adalah seorang pemerintah yang tidak cekap dan lemah.

Pengganti Bendahara Tun Mutahir iaitu Tun Pepatih Putih adalah seorang yang uzur menyebabkan kewibawaan pentadbiran Melaka menjadi semakin lemah. Masalah dalaman semakin menjadi-jadi dengan amalan rasuah dan fitnah berleluasa.

Cukai kepada pedagang pula semakin tinggi menyebabkan pedagang mula beralih untuk berniaga di pelabuhan lain yang mengenakan cukai lebih rendah seperti Acheh, Bantam, Patani dan Brunei.

Masalah perpaduan di kalangan penduduk Melaka timbul apabila Tun Mutahir dilantik sebagai bendahara menggantikan Tun Perak. Pelantikan Tun Mutahir menimbulkan persaingan antara Orang Melayu dengan India-Muslim dan kemuncak masalah adalah pembunuhan Tun Mutahir akibat fitnah.

Kesan masalah itu turut merebak kepada rakyat jelata di mana masyarakat Melaka semakin berpecah-belah dan tidak bersatu padu. Keadaan itu turut menjejaskan perdagangan di Melaka.

Kelemahan askar Melaka yang hanya menggunakan senjata tradisional seperti keris, panah, sumpit beracun, perisai dan tombak turut menjadi punca kekalahan dan penjajahan Melaka oleh Portugis.

Walaupun ada antara tentera Melaka menggunakan senapang dan meriam, senjata api milik Portugis ternyata lebih hebat malah meriam mereka mampu menembak ke sasaran yang lebih jauh.

Struktur dan strategi ketenteraan Portugis juga nyata lebih lengkap dan terlatih berbanding tentera Melaka. Portugis mendapat sokongan dari pangkalan tentera mereka di Goa semasa melancarkan peperangan sebaliknya askar upahan Melaka dari Jawa bertindak melarikan diri semasa serangan Portugis.

Semua kelemahan itu menyebabkan Melaka akhirnya berjaya dijajah Portugis dan seharusnya ia menjadi iktibar kepada kita pada hari ini, semoga sempena kemerdekaan negara yang ke-50, sejarah hitam penjajahan itu tidak akan berulang.

FAKTA:
Pemerintahan Portugis

# 1511: Alfonso de Albuquerque tiba di Melaka pada 10 Ogos dan membuat permintaan membina kubu Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak Sultan. Selepas 10 hari mengepung, Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos dan membina A Famosa dalam tempoh enam bulan. Dengan tewasnya Sultan Mahmud Shah, Portugis memerintah Melaka selama 130 tahun.

# 1513: Patih Unus dari Jawa, seorang pahlawan Jawa yang menjadi Sultan Demak di Sumatera menyerang Kerajaan Portugis di Melaka.

# 1518-1519: Sultan Mahmud Shah mengerah rakyatnya membina tembok tinggi mengelilingi Melaka dalam masa tiga bulan dalam usaha menawan kembali negara itu.

# 1521: Gereja St Paul dibina Kapten Portugis, Duarte Coelho dan dinamakan ‘Our Lady of The Hill’, tetapi kemudian ditukar Belanda kepada tempat persemadian bangsawan dan dinamakan Gereja St Paul.

# 1523: Sultan Mahmud gagal sekali lagi dalam penawanan Melaka.

# 1525: Laksamana Hang Nadim mengepung Kota A Famosa. Portugis membuat catuan makanan dari Goa.

# 1526: Seangkatan kapal besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud Shah. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatera.

# 1528: Sultan Mahmud Shah mangkat di Kampar, Sumatera.

# 1537: Acheh menyerang Portugis di Melaka pada kali pertama.

# 1545: Buat pertama kalinya, Fr Francis Xavier tiba di Melaka. Pada keseluruhannya, beliau membuat lima lawatan ke Melaka kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur.

# 1548: Kolej St Paul, sekolah pertama di Melaka, dibina St Francis Xavier untuk orang Katolik Portugis dan orang tempatan yang murtad memeluk Kristian.

# 1551: Gabungan Johor, Japara dan Perak menawan Melaka dan mengepungnya selama tiga bulan.

# 1568: Johor membantu Portugis Melaka mematahkan serangan Acheh. Acheh mengawal Selat Melaka selama 60 tahun.

# 1582: Portugis membantu Johor daripada serangan Acheh dan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah menjadi Sultan Johor pertama yang melawat Melaka.

# 1587: Johor menyerang Portugis secara besar-besaran melalui serangan darat dan laut tetapi gagal.

# 1597: Belanda membuat serangan pertama ke atas Kota Portugis Melaka.

# 1606: Belanda di bawah Laksamana Matelieff de Jonge bekerjasama dengan Sultan Johor untuk menguasai Melaka. Percubaan selama tiga bulan gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa.

# 1615-1616: Acheh menyerang Melaka.

# 1628-1629: Acheh memerintah Melaka selama lapan bulan sebelum Portugis kembali mengambil Melaka.

# 1636: Kapal Belanda memusnahkan kapal Portugis di pelabuhan.

# 1641: Belanda menewaskan Portugis pada 14 Januari dan menakluk Melaka dengan bantuan Sultan Johor.


petikan Berita Minggu 17 Jun 2007

Read more...

Jejak: Yamtuan Antah pelopor tentang penjajah di Negeri Sembilan

Oleh Nasron Sira Rahim (nasron@bharian.com.my)

Tindakan Datuk Kelana Syed Abdul Rahman, Datuk Muda Linggi bersekutu dengan British timbulkan kemarahan penduduk

PERJUANGAN menentang penjajah di Negeri Sembilan dipelopori Tunku Laksamana Antah Ibni Almarhum Raja Radin atau dikenali Yamtuan Antah yang juga Yamtuan (pemerintah) kelapan bagi kawasan Seri Menanti.

Perjuangan di negeri itu bermula pada Mac 1872 apabila Datuk Kelana Sungai Ujong, Datuk Laksamana Syed Abdul Rahman membuat perjanjian membenarkan seorang Inggeris, Henry Velge membuka lombong bijih timah di Sungai Ujong (kini Seremban).

Bermula detik itu, British bertapak di Negeri Sembilan. Kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap pada April 1874 apabila Datuk Kelana Syed Abdul Rahman dan Datuk Muda Linggi pergi ke Singapura untuk bertemu British membuat satu perjanjian dengan wakil British, Andrew Clarke yang boleh merugikan bangsa dan tanah air iaitu menawarkan Sungai Ujong berada di bawah lindungan penjajah itu.

Lebih mengecewakan apabila pada Ogos tahun sama Datuk Kelana menghantar surat kepada Clarke yang mengalu-alukan kehadiran seorang residen untuk menasihatinya memerintah Sungai Ujong.

Bendera Union Jack akhirnya dinaik dan dikibarkan di puncak tiang berhampiran rumah Datuk Kelana di Ampangan pada September 1874, seterusnya disusuli istiadat tembakan meriam sebanyak 21 das seolah-olah British cuba memberitahu penduduk yang mereka berkuasa di Sungai Ujong.

Bagi mengukuhkan kedudukannya di Sungai Ujong, Datuk Kelana yang dibantu kira-kira 150 askar British lengkap bersenjata kemudian menyerang Datuk Bandar Tunggal dan membakar Rahang yang dimusuhinya pada November 1874. Datuk Bandar Tunggal akhirnya mengaku kalah akibat serangan itu.

Dengan kejayaan itu pada awal 1875, Residen British pertama di Sungai Ujong, PJ Murray dilantik untuk membantu Datuk Kelana memerintah. Pembesar lain di Negeri Sembilan jelas tidak setuju dengan dasar berkenaan.

Bagi mereka, tindakan Datuk Kelana membawa masuk British ke Sungai Ujong umpama mengundang penjajah untuk menjajah negeri mereka.

Hari berikutnya memperlihatkan yang Datuk Kelana masih tidak menghiraukan pandangan pembesar lain. Lalu pakatan pembesar menabalkan Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Seri Menanti yang mana jajahan itu meliputi Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol.

Tindakan Datuk Kelana membenarkan British bertapak di Sungai Ujong mengeruhkan hubungan antara dirinya dengan pembesar lain termasuk Yamtuan Antah. Yamtuan Antah akhirnya tidak mengiktiraf Datuk Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong.

Pertengahan 1875, di bawah lindungan British, Datuk Kelana mengisytiharkan Terachi yang terpisah oleh Bukit Putus, sebagai sebahagian daripada wilayah miliknya iaitu Sungai Ujong sekali gus mencetus api pertelingkahan dengan Yamtuan Antah.

Datuk Kelana dan British bertindak melantik orangnya sebagai pemerintah Terachi dengan anggapan daerah itu sudah menjadi milik mereka pada November tahun sama. Yamtuan Antah yang semakin berang kemudian memecat Datuk Pemerintah Terachi yang dilantik Datuk Kelana.

Residen British, Murray yang berpihak kepada Datuk Kelana menganggap perbuatan Yamtuan Antah itu sebagai mengganggu daerah pemerintahan Datuk Kelana dan melanggar undang-undang.

Pada 27 November 1875, Murray ke Terachi bersama 20 askar diketuai Leftenan Hinxman selain 30 polis dan masing-masing seorang doktor dan jurubahasa Australia bernama Dominic Daly pergi ke Terachi, tetapi mendapati tiada kekacauan berlaku di kawasan itu.

Sehari kemudian, Murray kembali ke Sungai Ujong tetapi Daly ditinggalkan di Terachi untuk mengukur jarak antara Kampung Terachi dengan Kuala Pilah. Di tepi sebatang sungai, Daly bertemu sekumpulan penduduk seramai 200 orang yang menuntut lelaki asing itu dan orang-orangnya balik ke Sungai Ujong.

Daly ketakutan, dia segera meminta bantuan Murray di Sungai Ujong dan Residen British itu bertindak menghantar pasukan askarnya yang diketuai Hinxman. Kedatangan bantuan tentera British ke lembah Terachi itu segera dimaklumkan kepada Yamtuan Antah.

Kedatangan British itu seolah-olah mencabar kedaulatan Seri Menanti lalu Yamtuan Antah mengerahkan pasukannya seramai kira-kira 4,000 orang supaya bersedia untuk menghadapi peperangan.

Kebangkitan Yamtuan Antah untuk mengusir penjajah itu turut mendapat sokongan beberapa pembesar antaranya Datuk Siamang Gagap, Tengku Besar Tampin, penduduk Rembau, Jelebu dan Johol.

Seterusnya pasukan perang Yamtuan Antah segera mendaki dan menyeberangi Bukit Putus untuk memasuki Paroi. Di situ, Yamtuan Antah mengutus surat amaran kepada Murray supaya tidak lagi mengganggu kedaulatan Seri Menanti dan menceroboh Terachi.

Murray yang ketakutan melihat kebangkitan penduduk dipimpin Yamtuan Antah segera meminta bantuan ketenteraan dari Negeri-negeri Selat.

Keadaan British di Sungai Ujong semakin genting kerana mereka khuatir penduduk akan menyerang. Hinxman dan askar lain yang berada di Rasah, segera menggali parit dan membuat kubu pertahanan di sekeliling tapak perkhemahan tentera mereka.

Pada Disember 1875, pasukan Yamtuan Antah seramai 200 orang berjaya menawan Paroi dan mereka membina kubu di situ tetapi di Sungai Ujong, bantuan British dari Melaka yang terdiri daripada 20 askar diketuai Leftenan Peyton tiba untuk menentang kebangkitan penduduk.

Dengan bantuan tambahan, Hinxman membawa satu pasukan perang seramai 30 askar, 30 polis dan enam askar Arab dari Rasah untuk menyerang pasukan Yamtuan Antah di Paroi.

Bagaimanapun, sebaik sampai, pasukan British terlebih dulu diserang penduduk menggunakan senapang. Bilangan pejuang tempatan yang lebih ramai daripada pasukan Hinxman menyebabkan musuh hampir dapat dikepung dan ditahan.

Menyedari mereka akan kalah, askar British yang ketakutan segera melarikan diri dan balik ke Rasah. Tentera Yamtuan Antah berjaya menduduki dan bertahan di sebuah rumah di tepi Sungai Linggi.

Pada 5 Disember 1875, British semakin tertekan apabila pasukan diketuai Hinxman gagal merampas kembali Paroi. Mereka merancang serangan yang lebih hebat. Menggunakan meriam milik Datuk Kelana, mereka membedil pertahanan tentera Yamtuan Antah. Penduduk yang tidak dapat mempertahankan serangan meriam itu segera berundur.

Pada Disember 1875, pasukan askar British diketuai Hinxman sampai di Paroi dan mula menyerang kubu pertahanan Yamtuan Antah. Pertempuran hebat menggegarkan bumi Paroi pada hari itu.

Selepas satu jam berbalas tembakan, askar British akhirnya berjaya menyeberangi paya yang terbentang di hadapan kubu pertahanan Yamtuan Antah walaupun beberapa jasad askar mereka berjaya ditembak.

Hinxman dan Peyton kemudian nekad untuk terus memusnahkan kubu pertahanan tentera Yamtuan Antah. Mereka membawa satu pasukan seramai 20 askar British dan Arab menuju ke kubu pertahanan Yamtuan Antah tetapi mereka tersesat jalan. Dalam kebingungan, mereka terus diburu askar tempatan.

Tunku Laksamana akhirnya dilantik sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti

BANTUAN tambahan yang diminta Murray tiba di Sungai Ujong pada 8 Disember 1875. Diketuai Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Anson, lelaki asing itu tiba bersama pasukan perang terdiri daripada 350 askar British yang dibawa dari Melaka.

Kekalahan dalam pertempuran sebelum itu, menyebabkan British memperkuatkan serangan terhadap tentera Yamtuan Antah di Paroi. Kali ini, menggunakan beberapa pucuk meriam, mereka membedil kubu Yamtuan Antah.

Selepas melepaskan 10 das tembakan meriam, pasukan Yamtuan Antah terpaksa berundur. Selepas pertempuran hebat itu mengorbankan 37 askar British dan Arab selain mencederakan ramai pihak, akhirnya Paroi dapat dirampas semula British.

Pada 10 Disember 1875, bantuan British terus dibawa masuk iaitu pasukan askar Gurkha seramai 250 orang berserta pegawainya seramai 32 orang. Pasukan meriam daripada kapal perang HMS Thistle turut tiba di Sungai Ujong.

Dengan kekuatan tentera itu, Leftenan Kolenal Clay iaitu Ketua Pemerintah Askar Sungai Ujong merancang menyerang Bukit Putus yang masih berada di bawah kekuasaan pengikut Yamtuan Antah, daripada pelbagai penjuru.

Pada 19 Disember 1875, satu pasukan perang British diketuai Murray bertolak dari Sungai Ujong menuju Bukit Putus melalui Langkap. Clay pula mengetuai pasukan seramai 280 orang.

Akhirnya berlaku pertempuran antara pasukan British dan pejuang tempatan di Bukit Putus dan akhirnya kawasan itu berjaya ditawan British. Selepas menawan Bukit Putus, Clay bersama pasukannya menuju Seri Menanti.

Menyedari kehadiran musuh, Yamtuan Antah dan keluarganya terpaksa berundur meninggalkan Seri Menanti dan bergerak mencari perlindungan di Johor.

Di negeri itu, Yamtuan Antah bertemu Sultan Johor, Maharaja Abu Bakar. Maharaja Abu Bakar kemudian menasihati baginda supaya berdamai dengan British. Dengan pertolongan Sultan Johor itu, pada Mei 1876, Yamtuan Antah membuat pertemuan dengan Gabenor Singapura iaitu William Jervois.

Yamtuan Antah bersama empat pembesar dari daerah Seri Menanti, Johol dan Inas sekali lagi menemui Gabenor British di Singapura pada November 1876.

Dalam pertemuan itu, pihak British memikirkan yang adalah lebih baik berdamai dengan penduduk setempat bagi menunjukkan imej baik mereka.

Lalu Kerajaan British bersetuju melantik Yamtuan Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti. Daerah lain dalam Negeri Sembilan akan diserahkan di bawah kekuasaan Ketua Daerah masing-masing manakala daerah Sungai Ujong berada di bawah kekuasaan British.

Selepas dua tahun berundur ke Johor, akhirnya Yamtuan Antah kembali ke tanah airnya, Seri Menanti. Beliau hanya sempat tinggal di Bandar Diraja itu selama 11 tahun apabila pada 1888, beliau meninggal dunia.

Tamatlah riwayat seorang pemerintah yang begitu cintakan tanah air sehingga sanggup melancarkan peperangan bagi mengusir British dari terus menjajah penduduk tempatan.

Semangat perjuangannya akan terus kekal diingati dan harap diwarisi seiring kewujudan daerah Seri Menanti khususnya dan Negeri Sembilan umumnya.

petikan Berita Minggu 10 Jun 2007

Read more...

Jejak: Raja Putih Sarawak

Oleh Nasron Sira Rahim
nasron@bharian.com.my

James Brooke jadi Gabenor selepas tamatkan penentangan penduduk

SELEPAS mendengar kisah sejarah lagenda Raja Putih Sarawak, pastinya terdetik di hati memang ada kebenaran pantun dua kerat yang dituturkan orang zaman dulu iaitu;


Kerana pulut, santan binasa,
Kerana mulut, badan binasa...

Mungkin maksud di sebalik simbolik pantun berkenaan boleh menjadi sinopsis kepada sejarah mengenai kewujudan Raja Putih Sarawak di Kepulauan Borneo, suatu ketika dulu.

Disebabkan kelancangan mulut menuturkan sebaris ayat, sebuah negeri besar yang dulunya dimiliki dan ditadbir pemerintah tempatan, tergadai kepada orang asing yang berbeza agama, rupa dan budaya.

Hanya kerana kesilapan menaburkan janji, sebuah negara merdeka tergadai ke tangan rakyat asing selama kira-kira 100 tahun malah mengubah seorang pedagang menjadi Raja memerintah Sarawak. Rakyat asing itu ialah James Brooke.

Sebelum kurun ke-19, Sarawak berada di bawah pengaruh Kesultanan Brunei. Pada mulanya Sultan Brunei membahagikan Sarawak kepada beberapa daerah dengan setiap daerah ditadbir ketua tempatan di kalangan orang Melayu dan Dayak.

Pembesar tempatan yang digelar Menteri Darat, Temenggong dan Orang Kaya bertanggungjawab melaksanakan arahan Sultan, memungut cukai dan mentadbir daerah yang mereka wakili tanpa campur tangan pihak istana.

Sehingga kurun ke-19, Sultan Brunei bertindak melantik seorang pembesar iaitu Pangeran Indera Mahkota sebagai wakilnya di Sarawak yang terkenal kaya dengan hasil bumi terutama emas dan antimoni.

Kehadiran Pangeran Indera Mahkota ternyata tidak disenangi pembesar tempatan lantaran sikap kejamnya terhadap penduduk. Pangeran Indera Mahkota mengenakan cukai tinggi kepada penduduk selepas mengambil alih kuasa pentadbiran serta perdagangan antimoni dan emas daripada pembesar tempatan.

Malah, orang Bidayuh yang bekerja di lombong antimoni kepunyaannya juga tidak diberi upah. Keadaan itu menjadi pencetus kepada kebangkitan penduduk untuk menentang Pangeran Indera Mahkota.

Tentangan hebat menyebabkan Pangeran Indera Mahkota gagal menyekat kebangkitan penduduk sehingga Sultan Brunei terpaksa menghantar seorang lagi pembesar, Pangeran Raja Muda Hashim untuk membantu.

Bagaimanapun, sehingga James Brooke tiba dengan kapalnya `The Royalist’ di Kuching pada Ogos 1838, tentangan masih belum berkesudahan. Beliau melihat kekacauan berlaku di kawasan itu - kaum Dayak memberontak menentang Kesultanan Brunei.

Buntu menghadapi situasi itu menyebabkan Raja Muda Hashim melakukan kesilapan besar. Di hadapan James Brooke, dia memohon pertolongan Inggeris untuk menamatkan penentangan penduduk.

“Jika kamu berjaya menamatkan penentangan ini, kamu akan dilantik sebagai Gabenor Sarawak,” mungkin begitulah kata-kata Raja Muda Hashim kepada lelaki Inggeris itu.

Tawaran Raja Muda Hashim seumpama ‘pucuk dicita, ulam mendatang’. Bagai ‘orang mengantuk disorongkan bantal’, James Brooke bersetuju menghulurkan bantuan kerana jika dilantik sebagai gabenor, pelbagai keuntungan diperoleh kerana bumi Sarawak memiliki kekayaan yang melimpah ruah.

Akhirnya, dengan bantuan ketenteraan daripada James Brooke, Raja Muda Hashim berjaya mengekang kebangkitan dan menamatkan tentangan penduduk.

Ketika itulah, Raja Muda Hashim tersedar akan kesilapan yang dilakukannya. Tawaran kepada James Brooke dibuat beliau tanpa merujuk kepada Sultan Brunei.

James Brooke mula menuntut janji untuk dilantik sebagai gabenor tapi Raja Muda Hashim berlengah kerana menyedari tawarannya itu pasti tidak dipersetujui Sultan.

Berang dengan tindakan Raja Muda Hashim yang seolah-olah ingin menipunya, James Brooke membedil bandar Kuching menyebabkan Raja Muda Hashim terpaksa melantik lelaki Inggeris itu menjadi Gabenor Sarawak pertama pada 1841.

Setahun kemudian, bersama angkatan tentera laut British dari Singapura, James Brooke menghadap Sultan Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin bagi mengesahkan pelantikannya.

Sultan Omar yang bimbang melihat kehadiran batalion tentera Inggeris di Brunei terpaksa mengiktiraf perjanjian dibuat James Brooke dengan Raja Muda Hashim pada 1841 sekali gus mengiktiraf lelaki asing itu sebagai Raja Putih Sarawak.

Kedatangan Jepun akhiri era Brooke

PADA 1846 iaitu selepas empat tahun terpaksa mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Putih Sarawak, Sultan Omar Ali Saifuddin bersama pembesar yang menyokongnya cuba menentang lelaki Inggeris itu.

Bagaimanapun, James Brooke yang menyedari hasrat Sultan Omar, bertindak menyerang Sultan Brunei itu bersama angkatan tentera laut British menyebabkan beliau tewas. Baginda juga terpaksa menandatangani satu lagi perjanjian yang mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Sarawak yang merdeka dan memiliki kedaulatan sepenuhnya terhadap bumi itu.

Seterusnya dari 1853 hingga 1905, James Brooke dan anak saudaranya, Charles Brooke bertindak meluaskan kawasan jajahan Sarawak sehingga keluasan negeri itu bertambah sehingga tiga kali ganda keluasan asal. Keluasan akhir Sarawak yang diluaskan keluarga Brooke, kekal sehingga kini.

Bagaimanapun, sepanjang zaman pemerintahan Brooke, terdapat beberapa penduduk tempatan yang melancarkan penentangan bagi memerdekakan tanah air mereka dan mengusir penjajah keluar dari negeri itu.

Antara pejuang kebangsaan itu adalah Sharif Sahap (1844); Linggir (1894) yang mengetuai orang Iban menyerang kapal perang kepunyaan James Brooke; Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Ghapur (1859); Rentap (1853) yang mengetuai orang Iban menyerang pasukan British di Sekrang selain Banting (1893) yang turut memimpin orang Iban menentang British.

Penentang Kerajaan Brooke turut membabitkan sekumpulan orang Cina pada 1857. Kumpulan Cina terbabit adalah dari kongsi Hakka mengusahakan lombong emas di Bau, sebuah pekan lombong emas di Sarawak terletak kira-kira 40 kilometer jauhnya ke pedalaman Kuching.

Mereka sampai di kawasan itu lama sebelum ketibaan James Brooke dan pada pemerintahan British, kaum Cina itu dibiarkan mengurus hal ehwal mereka sendiri dengan syarat mereka membayar cukai yang dikenakan berdasarkan jumlah penduduk.

Selisih faham antara James Brooke dan orang Cina ini bermula apabila denda sebanyak 15 pound dikenakan ke atas kongsi Hakka di Bau kerana menyeludup candu dan tindakan itu menyebabkan kemarahan kaum Cina meluas.

Selanjutnya pada malam 18 Februari 1857, kongsi gelap tempatan memulakan pemberontakan apabila 600 orang Cina yang bersenjata menyerang Kuching. Bangunan dimusnahkan serta beberapa orang Inggeris dibunuh.

James Brooke terlepas dalam serangan itu dengan berenang di bawah beberapa jong Cina di teluk kecil berhampiran rumahnya sebelum melarikan diri ke rumah seorang kenalan bagi menyelamatkan diri.

Kemenangan orang Cina menerusi serangan di Kuching tidak kekal lama apabila Charles Brooke membuat serangan balas menggunakan kapal perang yang lebih hebat dan berjaya menghalau orang Cina ke seberang sempadan.

Walau pelbagai penentangan dilakukan pejuang kebangsaan tempatan, Kerajaan Brooke berjaya mengekang pemberontakan itu dan meneruskan penguasaan mereka di Sarawak selama kira-kira 100 tahun.

Daripada James Brooke, tampuk pemerintahan sebagai Raja Putih Sarawak beralih kepada Charles Brooke pada 1868 iaitu selepas kematian bapa saudaranya. Seterusnya pada 1917, kematian Charles Brooke menyebabkan Charles Vyner Brooke dilantik Raja Putih Sarawak Ketiga yang juga terakhir sebelum lelaki itu menyerahkan Sarawak kepada British selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.

Selama pemerintahan dan penjajahan Kerajaan Brooke di Sarawak, mereka mengeksploitasi hasil bumi Sarawak dan meneroka tanah subur bagi mengaut kekayaan.

FAKTA
Perjanjian dengan James Brooke

# James Brooke memerintah Sarawak dan menguasai segala hasilnya.
# James brooke harus menghormati dan memelihara undang-undang dan adat istiadat Melayu.

Perjanjian Sultan Omar Ali Saifuddin-James Brooke 1842

# Sultan Brunei menyerahkan Sarawak dari kawasan Tanjung Datu ke Sungai Samarahan dan menyerahkan segala hasil cukai kepada James Brooke dan pewarisnya.
# James Brooke akan membayar 2,500 dolar setiap tahun kepada baginda.
# Agama dan adat istiadat penduduk Sarawak tidak boleh diganggu.
# Sultan Brunei mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Putih Sarawak

petikan Berita Minggu

Read more...

BAB 4 : KEKAYAAN SARAWAK MENDORONG PENJAJAHAN KELUARGA BROOKE

Perpecahan Membuka Ruang Penjajahan
1 Sarawak adalah di bawah penguasaan Sultan Brunei.
2 Namun Sultan Brunei melantik pembesar tempatan mentadbir Sarawak.
3 Setiap daerah ditadbir Ketua Tempatan Melayu dan Bajau yang bertanggungjawab melaksanakan arahan dan memungut cukai.
4 Ketua Tempatan digelar Menteri Darat, Temenggung, atau Orang Kaya.
5 Datu Patinggi Ali pemerintah Sarawak pada tahun 1820-an.
6 Sarawak kaya dengan antimoni dan emas.
7 Oleh itu, Sultan Brunei mengukuhkan kuasanya dengan melantik Pangeran Indera Mahkota untuk mengambil alih kuasa di Sarawak.
8 Orang Bidayuh dan orang Melayu menentang kerana:
(i) Mengambil alih kuasa pentadbiran, pedagangan antimoni dan emas daripada pembesar Melayu.
(ii) Orang Bidayuh dikenakan cukai yang tinggi dan mereka dijadikan buruh paksa.
9 Penentangan bertujuan membebaskan Sarawak daripada pemerintahan Brooke.
10 Penentangan pada tahun 1837 di Sarawak diketuai oleh Datu Patinggi Ali.
11 Pengeran Raja Muda Hashim dihantar untuk mengembalikan keamanan.
12 Beliau gagal lalu meminta bantuan James Brooke dan berjanji akan melantiknya sebagai Gabenor.
13 1840 -James Brooke berjaya menamatkan pemberontakan.
14 1841 -James Brooke diberi kuasa menjadi Gabenor dan Raja Sarawak. '
15 1842 - Perjanjian dengan Sultan Brunei telah mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Sarawak dan menguasai Tanjung Datu hingga ke Sungai Samarahan.



4.2) Keluarga Brooke Meluaskan Kuasa


1905 - Charles Brooke membeli Lawas daripada Sultan Hashim Jalal.
1883 - Sultan Brunei menyerahkan Sungai Trusan dengan bayaran 4 500 dolar setahun.
1861 - Sultan Mu'mein menyerahkan Sungai Rajang dengan bayaran 4 500 dolar setahun.
1853-Sultan Abdul Mu'mein menyerahkan wilayah antara Samarahan dan Rajang dengan bayaran 1 500 dolar setahun.

Keluarga Brooke Memantapkan Pentadbiran

1 Sistem pemerintahan beraja:
(i) Diketuai oleh keluarga Brooke iaitu James, Charles dan Charles Vyner Brooke.
(ii) Melibatkan pembesar tempatan dalam pentadbiran untuk mendapatkan sokongan dan menasihati dalam hal undang-undang dan adat tempatan.

2 Majlis Tertinggi:
(i) Dianggotai oleh Raja Sarawak, Residen Bahagian Pertama, dan empat Datu Melayu.
(ii) Meluluskan undang-undang dan menasihati Brooke.

3 Majlis Negeri:
Memberi peluang kepada pemimpin bumiputera menyuarakan pendapat dan bertukar-tukar fikiran dan terlibat dalam pentadbiran.

4 Majlis Bahagian:
(i) Dibahagikan kepada 5 bahagian.
(ii) Diketuai oleh Residen, dibantu oleh Penolong Residen, Penolong Pegawai Daerah, Pegawai Anak Negeri, dan ketua kampung.
(iii) Bidang tugas Majlis Bahagian ialah menasihati Residen, mengetuai ekspedisi tentera, menjaga keamanan, dan mengutip cukai.

5 Perlembagaan Sarawak 1941:
(i) Bertujuan memberi kuasa pemerintahan kepada rakyat.
(ii) Menyerahkan kuasa mutlak kepada Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.
(iii) Majlis Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang dan menguruskan kewangan.
(iv) Tidak dapat dilaksanakan kerana serangan Jepun.

4.4 Perubahan Ekonomi di Bawah Pentadbiran Keluarga Brooke
1 Hasil hutan:
Sarang burung, damar, kayu balak, kapur barus, rotan, dan getah jelutung.
2 Tanaman tradisional:
(i) Sagu diusahakan oleh kaum Melanau di Oya, Mukah, dan Bintulu.
(ii) Lada hitam diusahakan oleh penduduk Cina di Bahagian Pertama dan Bahagian Kedua.
(iii) Kelapa ditanam oleh orang Melayu di Bahagian Pertama dan Bahagian Kedua.

3 Tanaman baru:
(i) Getah di Sarikei dan Kuching.
(ii) Tembakau di Lundu.
(iii) Balak di Sungai Rajang.

4 Perlombongan:
(i) Antimoni dan emas di Bau
diusahakan oleh Syarikat Borneo.
(ii) Minyak di Mid diusahakan oleh The Anglo-Saxon Oil Company.

4.51 Perubahan Sosial di bawah Pentadbiran Keluarga Brooke
1 Brooke mengamalkan dasar pecah dan perintah:
(i) Orang Melayu - pentadbiran
(ii) Orang Iban - ketenteraan
(iii) Orang Cina - perdagangan, perlombongan, dan pertanian.
2 Penubuhan bandar seperti Kuching, Miri, Bintulu, dan Sibu.
3 Sistem pengangkutan seperti:
(i) Jalan raya di Kuching dan Miri.
(ii) Landasan kereta api antara Kuching ke Ban dibina pada tahun 1917 tetapi ditutup kerana kemelesetan ekonomi.
(iii) Jalan air ialah perhubungan utama di Sarawak. Syarikat perkapalan di Sarawak seperti Singapore and Sarawak Steamship Company.
(iv) Jalan udara menghubungkan Kuching dengan Singapura.
4 Perhubungan seperti perkhidmatan pos, telefon, dan telegraf terhad di Kuching.
5 Kemudahan kesihatan seperti hospital dan klinik di Kuching dan Sibu.
6 Pendidikan orang Melayu setakat sekolah rendah dan ketinggalan.
7 Sekolah lnggeris diuruskan oleh mubaligh Kristian. Sekolah Cina menggunakan buku, sukatan, dan guru dari China.
8 Jabatan Pendidikan ditubuhkan untuk mengawal perkembangan pendidikan.
9 Guru mendapat latihan di MPSI dan Maktab Perguruan Kent.

LINK TAMBAHAN
James Brooke
Charles Brooke
Sejarah Sarawak

Read more...

Pulau Pinang diduduki dengan tipu muslihat

Oleh Nasron Sira Rahim

Francis Light buat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 secara peribadi, tanpa persetujuan SHTI

FRANCIS LIGHT menduduki Pulau Pinang secara haram. Demikianlah antara fakta sejarah pulau digelar ‘Pulau Mutiara’ yang mungkin kurang diketahui masyarakat ketika ini.

Umumnya ramai pihak mungkin mengetahui British adalah pihak yang bertanggungjawab memajukan Pulau Pinang dengan Francis Light sebagai individu asing yang memikul tugas itu.

Bagaimanapun, di sebalik nama lelaki Inggeris itu, masyarakat mungkin tidak mengetahui yang sejarah pembukaan Pulau Pinang dipenuhi pelbagai polemik, drama tipu-helah, muslihat dan peperangan antara British dengan Kedah.

Sebelum abad ke-18, Pulau Pinang sebenarnya terletak di bawah jajahan Kedah; sehinggalah ke penghujung abad berkenaan, tipu muslihat Francis Light menyebabkan Pulau Pinang terpaksa diserahkan kepada British.

Beginilah antara cerita sejarah itu:

Sebaik mendengar maklum balas pihak British, Sultan Abdullah teramat murka. Berhari-hari lamanya hati Sultan Abdullah panas memikirkan yang pihak British melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) mungkir janji.

British tidak akan membantu negeri naungannya iaitu Kedah mempertahankan serangan daripada Siam. Selepas Siam berjaya menakluki Patani pada 1786, kini pihak itu sudah mengutuskan ancaman untuk memerangi Kedah pula.

SHTI tidak akan menghantar bantuan ketenteraan kepada Kedah seperti dijanjikan menerusi ‘Perjanjian Inggeris-Kedah 1786’ dan tindakan itu jelas menunjukkan mereka memungkiri perjanjian yang dibuat antara baginda dengan wakil SHTI, Francis Light.

Sultan Abdullah semakin geram dan berasa tertipu dengan muslihat Francis Light. Tanpa pengetahuannya, lelaki Inggeris itu sebenarnya berunding dan membuat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 secara peribadi dan tanpa persetujuan SHTI.

SHTI mengatakan yang mereka tidak menghantar Francis Light untuk membuat perjanjian itu, justeru mereka enggan mematuhi syarat perjanjian berkenaan antaranya membantu Kedah mempertahankan serangan musuh termasuk Siam.

Dua lagi syarat lain perjanjian itu adalah SHTI akan membayar sebanyak 30,000 dolar Sepanyol setahun kepada Sultan Kedah dan tidak boleh melindungi musuh Kedah. Menyangka SHTI bersetuju dengan perjanjian itu, Kedah menyerahkan Pulau Pinang kepada British.

Bagaimanapun, ketika Siam mengancam Kedah, baginda mula menuntut janji tetapi SHTI enggan menghantar bantuan ketenteraan dengan alasan mereka tidak terbabit dalam perjanjian antara dirinya dan Francis Light.

Sultan Abdullah terkejut dan mula menyedari yang British cuba bermain muslihat. Baginda mula sedar ada penipuan dan sandiwara dimainkan Francis Light. Kesal sekali baginda menyerahkan Pulau Pinang kepada lelaki Inggeris itu.

Pihak British hanya pandai ‘menanam tebu di tepi bibir’, mereka bermanis muka ketika berunding perjanjian tetapi mula memungkiri janji sebaik Pulau Pinang sudah mereka jadikan pangkalan.

Perasaan kesal mula membaluti perasaan Sultan Abdullah. Pada mulanya baginda menawarkan Pulau Pinang kepada British sebagai ganjaran untuk membantu Kedah menghadapi ancaman pihak asing terutama Siam.

Sudah lama Kedah terkenal sebagai kuasa Maritim di Kepulauan Melayu. Sejak abad ke-16 lagi, dasar buka pintu yang diamalkan Kedah menyebabkan kapal dagang dari seluruh dunia singgah di Kuala Kedah yang menjadi pelabuhan entrepot.

Bagaimanapun, untuk mengekalkan kedaulatan dan kemakmuran Kedah bukanlah suatu perkara mudah kerana pihaknya sentiasa menghadapi penentangan terutama dari Siam yang mahukan Kedah membayar bunga emas, wang dan tenaga manusia kepada negara itu. Siam menganggap Kedah adalah negeri jajahan mereka.

Sultan Abdullah teringat lagi, ketika itulah baginda mula memikirkan idea memohon pertolongan British dan sanggup menyerahkan Pulau Pinang jika SHTI dapat menghulurkan bantuan ketenteraan kepada mereka apabila diserang.

British pula melihat tawaran menduduki Pulau Pinang itu umpama ‘pucuk dicita ulam mendatang’ lantaran mereka sememangnya sedang mencari tapak untuk dijadikan pangkalan di Kepulauan Melayu ketika itu.

Pangkalan itu perlu bagi dijadikan markas ketenteraan untuk mereka mempertahankan pusat penempatan SHTI di India daripada serangan Perancis. Lokasi Pulau Pinang juga amat strategik untuk dijadikan pelabuhan kerana terletak di tengah laluan perdagangan antara Timur dengan Barat.

SHTI ketika itu juga menjalankan perdagangan dengan China; SHTI memperoleh teh dari China dan membekalkan emas, perak, bijih timah dan lada hitam kepada negara itu. Pulau Pinang dapat dijadikan pusat persinggahan pelayaran selain pusat pengumpulan emas, perak, emas dan lada hitam yang sememangnya banyak terdapat di Kepulauan Melayu.

Justeru, tawaran Sultan Abdullah itu sukar ditolak. Tetapi pada masa sama, SHTI ingin menjaga kepentingan perdagangan mereka dengan Siam kerana Siam menganggap Kedah adalah jajahan mereka.

Lalu Francis Light mula menjalankan muslihat dan menandatangani Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 secara peribadi dan penipuan itu menyebabkan Sultan Abdullah kini semakin diasak marah.

Sultan Abdullah sepatutnya sedar yang Francis Light adalah lelaki yang ‘lidah bercabang’. Ini bukan kali pertama lelaki asing itu memungkiri janji. Francis Light jugalah yang mewakili Firma Jourdain Sulliwan and de Souza ketika berunding dengan Sultan Muhammad Jiwa pada 1771.

Sultan Muhammad Jiwa ketika itu meminta bantuan ketenteraan firma berkenaan untuk menentang Bugis dan satu perjanjian ditandatangani dengan firma berkenaan dibenarkan berniaga di Kuala Kedah.

Bagaimanapun, perjanjian itu akhirnya dibatalkan apabila pihak diwakili Francis Light itu enggan memberikan bantuan ketenteraan bagi menyerang Bugis di Selangor. Dan kini, sejarah penipuan itu berulang kembali malah Sultan Abdullah sudah menyerahkan sebuah pulau kepada Francis Light.

Francis Light enggan melepaskan Pulau Pinang sebaliknya hanya mahu menawarkan ganti rugi, begitu maklum balas yang dikhabarkan kepada baginda apabila meminta British keluar dari pulau berkenaan selepas mereka memungkiri janji.

Sultan Abdullah semakin berang, baginda enggan menerima ganti rugi, dia mahukan British keluar dari pulau berkenaan.

“Kita perangi mereka!” Mungkin begitulah laungan Sultan Abdullah berserta semangat ingin menyerang dan merampas kembali Pulau Pinang yang diceroboh British.

> Kedah terpedaya selepas serah Province Wellesly

PADA 1791, Sultan Abdullah mengumpul bala tenteranya di Seberang Perai bersama dorongan semangat untuk merampas kembali Pulau Pinang yang diduduki British secara haram dan tipu helah.

Selain angkatan perang Kedah, Sultan Abdullah turut meminta bantuan ketenteraan dari Riau, Siak dan Selangor dan mereka akan menyeberang laut menuju Pulau Pinang bagi menawan kembali pulau itu.

Bagaimanapun, kehadiran kapal perang yang berlabuh di pinggir pantai Seberang Perai mula disedari Francis Light. Lelaki itu sedar percaturan Sultan Abdullah untuk menyerang dan merampas kembali Pulau Pinang.

Francis Light segera meminta bantuan angkatan tentera laut British untuk menyerang kubu Sultan Abdullah di Seberang Perai. Kemudian, peperangan meletus antara angkatan perang Sultan Abdullah dengan angkatan ketenteraan Francis Light.

Bagaimanapun, penentangan hebat bagi mengusir penjajah yang diberikan tentera Sultan Abdullah itu tidak berhasil dan Kedah kalah kepada tentera Francis Light dalam peperangan berkenaan.

Kekalahan itu menyebabkan Sultan Abdullah terpaksa menandatangani ‘Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah’ dengan berat hati pada 1 Mei 1791. Melalui perjanjian itu, Kedah terpaksa mengakui pendudukan British di Pulau Pinang dan balasannya, SHTI akan membayar 6,000 dolar Sepanyol setiap tahun kepada Sultan Kedah.

Francis Light terus menjadi pentadbir penempatan British di Pulau Pinang sehinggalah kematiannya akibat penyakit malaria pada 21 Oktober 1794.

Melewati waktu, kesilapan sama dilakukan Kedah iaitu mempercayai British sehingga tergadai Pulau Pinang masih berulang untuk kali ketiga. Bagaimanapun, kali ini wilayah Seberang Perai pula yang menjadi taruhan.

Kisahnya bermula kira-kira sembilan tahun selepas kekalahan Kedah terhadap British di Pulau Pinang. Sejak serangan Sultan Abdullah dulu, SHTI mula memikirkan langkah keselamatan mereka di pulau itu.

British berpendapat yang mereka memerlukan penempatan di tanah besar sebagai benteng pertahanan awal daripada serangan pihak musuh. Tanpa penempatan di tanah besar, mungkin sukar untuk mereka memantau serangan musuh dari kawasan pulau saja.

Lalu mereka mula merancang untuk menduduki Seberang Perai pula. Tambahan pula, kawasan Seberang Perai yang subur, sesuai untuk bercucuk tanam bagi menampung keperluan makanan anggota mereka di Pulau Pinang.

Sekali lagi SHTI mengambil kesempatan terhadap Kedah yang masih memerlukan bantuan ketenteraan daripada serangan Siam. Kali ini, ‘Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800’ dimeterai antara Sultan Dziauddin dan Gabenor Pulau Pinang pertama, George Leith pada Jun 1800.

Antara kandungan perjanjian berkenaan adalah Kedah akan menyerahkan Seberang Perai kepada SHTI dan SHTI akan membayar 10,000 dolar Sepanyol setahun (bayaran pendudukan Pulau Pinang dan Seberang Perai) kepada Kedah bersama janji bantuan ketenteraan.

Sejarah kembali berulang apabila seperti perjanjian sebelumnya, SHTI tidak menghulurkan sebarang bantuan ketenteraan apabila Siam menyerang Kedah pada November 1821. Betapa rakyat Kedah berjuang habis-habisan bagi mempertahankan tanah air, akhirnya Kedah ditakluk Siam juga.

Sebaliknya, British memeterai ‘Perjanjian Burney 1826’ dengan Raja Siam iaitu Rama III di Bangkok pada Jun 1826 yang antara lain British mengiktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah dan Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai yang dikenali ‘Province Wellesly’ ketika itu.

Bagaimanapun, hasrat British untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pelabuhan entreport tidak tercapai lokasinya yang jauh ke selat utara menyebabkan kapal pedagang lebih berminat untuk berlabuh di Betawi, Riau dan Lingga.

Pulau Pinang kemudian menjadi antara pusat pentadbiran British di Tanah Melayu apabila digabungkan dengan Melaka dan Singapura sebagai Negeri-negeri Selat pada 1826.


FAKTA:

Pulau Pinang


# Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) ditubuhkan Kerajaan British di England pada 1600 untuk menjalankan perdagangan antarabangsa dan meluaskan tanah jajahan.

# Francis Light menjalankan upacara menaikkan bendera Union Jack pada 11 Ogos 1786 sebagai tanda rasmi pendudukan British di pulau itu.

# Francis Light menamakan Pulau Pinang sebagai ‘Prince of Wales’ dan penempatan mereka sebagai Georgetown sempena nama Raja England iaitu King George III.

# Francis Light mendirikan Kota Cornwallis di Georgetown sebagai kubu mereka di Pulau Pinang.

Perjanjian Burney 1826

# British mengiktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah

# Sultan Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin II tidak dibenarkan tinggal di Kedah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor dan Burma.

# British tidak akan membantu Kedah menyerang Siam dan jajahan takluknya.

# British akan menghantar balik Sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke Kedah dan Kedah hendaklah membayar ufti bunga emas kepada Siam.

# Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang Perai.

*petikan Berita Minggu 24 April 2007

LINK TAMBAHAN :
Francis Light (Wikipedia)
Negeri Negeri Selat

Read more...

BAB 3 : NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH.

BAB 3 : NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH.

3.1 Negeri-Negeri Melayu Utara Penampan Keselamatan British di Tanah Melayu
1 Pada akhir kurun ke-19, wujud kuasa imperialis baru seperti ____________, ____________, __________________, dan ___________ telah membimbangkan British.
2 British bimbang peluasan kuasa:
(i) Perancis di Menam Chao Phraya dan bercadang membina terusan di Segenting Kra.
(ii) Jerman berusaha mendapatkan Pulau ____________________ daripada Siam.
(iii) Amerika Syarikat berusaha mendapat Terengganu.
(iv) Rusia ingin membuka petempatan di Ujung Salang.
3 British berusaha menghalang kemaraan Eropah dengan:
(i) Menandatangani Perjanjian Sulit dengan ______________ pada tahun 1897. British menghalang Siam membenarkan kuasa lain bertapak di selatan Siam.
Perjanjian ini gagal menghalang hubungan sultan dengan kuasa lain.
Sultan _________________ telah memberi konsesi kepada Duff Development Company.
(ii) Perjanjian Pengisytiharan British Siam 1902 telah melantik pegawai British bekerja sebagai Pegawai Siam di NNMU (Negeri Negeri Melayu Utara).
(iii) Perjanjian ________________ 1909 menyebabkan Siam menyerahkan NNMU kepada British.

3.2 Penasihat British Mengancam Kedaulatan Negeri-Negeri Melayu Utara
I Penasihat British di Kedah:
(i) Sultan AbduI Hamid Halim Shah tidak mengiktiraf Perjanjian Bangkok.
(ii) Namun British melantik _______________ sebagai Penasihat British di Kedah.
(iii) Pelantikannya menimbulkan konflik dengan Majlis Mesyuarat Negeri yang dipimpin oleh Tunku Mahmud.
(iv) Berikut ialah usaha Tunku Mahmud mengekal identiti Kedah:
(a) Menggunakan Bahasa Melayu dalam penulisan rasmi dan perundangan
(b) Surat rasmi tidak ditapis oleh Penasihat British
(c) Penggunaan kalendar ________________
(d) Cuti umum pada hari __________________
(e) Melantik orang Melayu dalam pentadbiran Kedah

2 Penasihat British di Perlis:
(i) Raja Syed AIwi membantah Perjanjian Bangkok.
(ii) Namun British melantik Kapten Meadowe Frost sebagai Penasihat British.
(iii) Penasihat British menguasai Jabatan Kewangan, menambah jabatan baru, dan menguasai undang-undang untuk mengukuhkan kuasa.

3 Penasihat British di Kelantan:
(i) Sultan Muhammad IV dipaksa menerima ________________ sebagai Penasihat British.
(ii) Penasihat British menguasai pentadbiran jajahan, Jabatan Polis, Pejabat Tanah, dan Mahkamah.

4 Penasihat British di Terengganu:
(i) Sultan Zainal Abidin III tidak mengiktiraf Perjanjian Bangkok.
(ii) Baginda menemui Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura membuat bantahan.
(iii) Hanya menerima wakil British W.L. Conlay pada tahun 1910.
(iv) Sultan Zainal Abidin III menggubal Undang-undang __________________________________ untuk memelihara kedaulatan Terenganu.
(v) Sultan Muhammad II, pengganti baginda menerima J.L. Humphreys sebagai Penasihat British.
(vi) British menguasai jabatan penting di Terengganu seperti Jabatan Kastam, Jabatan Perubatan, Jabatan Kerja Raya, dan Jabatan Tanah dan Galian.


3.31 Pemodenan Johor Melambatkan Campur Tangan British

I Temenggung Ibrahim pemimpin berwibawa (1825 - 1862)

(i) Pada tahun 1855, Temenggung Ibrahim diiktiraf sebagai pemerintah Johor. Sultan Ali hanya berkuasa di wilayah______________________________.
(ii) Temenggung Ibraim memperkenalkan Sistem Kangcu untuk memajukan tanaman ____________________ dan ______________.
(iii) Kangcu (Tuan Sungai) diberi __________________ sebagai surat kuasa.

2 Sultan Abu Bakar (1862- 1895)

(i) Baginda digelar Bapa _________________ Johor dan menerima gelaran _______________________ daripada Ratu British.
(ii) Baginda sering melawat London bagi mempelajari ___________________________.
(iii) Baginda telah menggubal Undang-undang _________________________________.
(iv) Sistem Kangcu telah diteruskan utk memajukan ekonomi Johor
(v) Baginda menubuhkan beberapa jabatan seperti mahkamah, perkhidmatan pos,
Jabatan Kerja Raya, pasukan polis, sekolah, dan hospital.
(vi) Pada tahun 1885 – baginda menandatangani Perjanjian Persahabatan dengan British:
Perjanjian ini membolehkan baginda :
(a) Diiktiraf sebagai Sultan Johor '
(b) Kedudukan lebih tinggi daripada Pesuruhjaya Tinggi Singapura
(c) Boleh berhubung terus dengan kerajaan British di ________________________
(d) Menerima pegawai British

3 Dato' Jaafar bin Muhammad
(i) Setiausaha Kerajaan Johor dan Menteri Besar yang pertama. '
(ii) Wajibkan pegawai British pakai pakaian rasmi Johor. '
(iii) Bendera Johor dikibar lebih _________________ daripada bendera Union Jack.
(iv) Surat rasmi wajib ditulis dalam bahasa _____________________.

4 Dato' Abdul Rahman bin Andak:
(i) Setiausaha Kerajaan Johor.
(ii) Mengawal hubungan luar Johor.

5 Dato' Muhammad Salleh bin Perang:
(i) Merancang pembangunan Johor.
(ii) Memegang beberapa jawatan dalam pentadbiran kerajaan seperti Pesuruhjaya Polis, Ketua Jabatan ; Ukur, dan Jabatan Tanah.
(iii) Beliau melukis peta pembangunan negeri Johor.

6 Dato' Muhammad Ibrahim Munsyi:
(i) Beliau telah mewajibkan __________________________ di negeri Johor.
(ii) Menjadi Timbalan Menteri Besar pertama pada tahun 1893.

Johor di ambang penjajahan British.
(i) British bimbang campur tangan kuasa Barat lain di Johor.
(ii) British cuba campur tangan dengan menasihati sultan membuat pinjaman sebanyak _____________________ dolar untuk membina _____________________________.
(iii) Dato' __________________________________ dapat mengesan muslihat British dan menasihati Sultan agar tidak menerima tawaran pinjaman tersebut.
(iv) Pada tahun 1907, Dato' Abdul Rahman Andak dibersarakan dan 'dihantar ke London. Ini membolehkan British campurtangan dengan lebih mudah
(v) Pada tahun 1914, Penasihat British iaitu ________________________ telah dilantik di Johor.

Read more...

BAB 2 : Campurtangan British di Negeri Sembilan dan Pahang

Perbalahan di Sungai Ujong, Negeri Sembilan:
(i) Perebutan kuasa antara Dato' Kelana Syed Abdul Rahman dengan Dato' Bandar Kulop Tunggal di Sungai Ujong yang kaya dengan bijih timah.
(ii) Dato' Kelana menandatangani perjanjian menerima perlindungan dari British pada tahun 1874.
(iii) Dato' Kelana diiktiraf sebagai pemerintah di daerah Sungai Ujong tetapi pihak British berkuasa penuh mengutip cukai di Sungai Linggi.
(iv) P .J. Murray dilantik sebagai Residen British yang pertama di daerah Sungai Ujong.
(v) Dato' Bandar tidak mengiktiraf perjanjian tersebut dan menentang tindakan British.
(vi) Dato' Kelana dan pihak British menewaskan Dato' Bandar.
(vii) Dato' Bandar dibuang negeri ke Singapura. Bagaimana British campur tangan di daerah lain di Negeri Sembilan
(viii) British menguasai Rembau, Jelebu, dan Seri Menanti. British menempatkan Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil.
(ix) Semua daerah Negeri Sembilan disatukan pada tahun 1895.
(x) Tunku Muhammad Ibni Yamtuan Antah ditabal sebagai Yang Dipertuan Besar.
(xi) Martin Lister dilantik sebagai Residen British.

2.2 iii) Keadaan di Pahang
Mengapa British bimbang pertapakan kuasa Eropah lain di Pahang
(i) British campur tangan di Pahang kerana bimbang kuasa Eropah yang lain bertapak seperti Perancis, Rusia, dan Jerman.
(ii) Sultan Ahmad membawa masuk pelabur Eropah membangunkan Pahang bagi mengelakkan campur tangan British.
(iii) Tindakan Sultan Ahmad tidak disenangi oleh British kerana tindakan tersebut akan menjej askan kepentingan mereka di negeri-negeri Melayu. Apakah yang telah dilakukan oleh British utk menguasai Pahang
(iv) Pada tahun 1886, Frank Swettenham dan Frederick Weld memujuk Sultan Ahmad menerima Residen tetapi gagal.
(v) Pada tahun 1887, British meletakkan wakil British di Pahang tetapi kuasanya terhad.
(vi) Pada tahun 1888, peristiwa pembunuhan warganegara British berbangsa Cina yang bernama Go Hui digunakan oleh British untuk mendesak Sultan Ahmad menerima Residen. (vii) British memberi alasan Sultan Ahmad tidak mewujudkan ketenteraman di Pahang. (viii) J.P. Rodger dilantik sebagai Residen British di Pahang yang pertama.

2.2 iii) Keadaan di Negeri Sembilan

Fakta Pernyataan Catatan
Perbalahan di Sungai Ujong, Negeri Sembilan:
(i) Perebutan kuasa antara Dato' Kelana Syed Abdul Rahman dengan Dato' Bandar Kulop Tunggal di Sungai Ujong yang kaya dengan bijih timah.
(ii) Dato' Kelana menandatangani perjanjian menerima perlindungan dari British pada tahun 1874.
(iii) Dato' Kelana diiktiraf sebagai pemerintah di daerah Sungai Ujong tetapi pihak British berkuasa penuh mengutip cukai di Sungai Linggi.
(iv) P .J. Murray dilantik sebagai Residen British yang pertama di daerah Sungai Ujong.
(v) Dato' Bandar tidak mengiktiraf perjanjian tersebut dan menentang tindakan British.
(vi) Dato' Kelana dan pihak British menewaskan Dato' Bandar.
(vii) Dato' Bandar dibuang negeri ke Singapura.

Bagaimana British campur tangan di daerah lain di Negeri Sembilan (viii) British menguasai Rembau, Jelebu, dan Seri Menanti. British menempatkan Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil.
(ix) Semua daerah Negeri Sembilan disatukan pada tahun 1895.
(x) Tunku Muhammad Ibni Yamtuan Antah ditabal sebagai Yang Dipertuan Besar.
(xi) Martin Lister dilantik sebagai Residen British.
2.2 iii) Keadaan di Pahang
Mengapa British bimbang pertapakan kuasa
Eropah lain di Pahang (i) British campur tangan di Pahang kerana bimbang kuasa Eropah yang lain bertapak seperti Perancis, Rusia, dan Jerman.
(ii) Sultan Ahmad membawa masuk pelabur Eropah membangunkan Pahang bagi mengelakkan campur tangan British.
(iii) Tindakan Sultan Ahmad tidak disenangi oleh British kerana tindakan tersebut akan menjej askan kepentingan mereka di negeri-negeri Melayu.

Apakah yang telah dilakukan oleh British utk menguasai Pahang (iv) Pada tahun 1886, Frank Swettenham dan Frederick Weld memujuk Sultan Ahmad menerima Residen tetapi gagal.
(v) Pada tahun 1887, British meletakkan wakil British di Pahang tetapi kuasanya terhad.
(vi) Pada tahun 1888, peristiwa pembunuhan warganegara British berbangsa Cina yang bernama Go Hui digunakan oleh British untuk mendesak Sultan Ahmad menerima Residen.
(vii) British memberi alasan Sultan Ahmad tidak mewujudkan ketenteraman di Pahang.
(viii) J.P. Rodger dilantik sebagai Residen British di Pahang yang pertama.


2.3 Residen Menggugat Kuasa Sultan dan Pernbesar

Bagaimana Residen mengugat kuasa Sultan dan Pembesar 1 Residen memaksa sultan menerima dan mematuhi nasihat pentadbiran kecuali adat istiadat dan agarna.
2 Residen menguasai pentadbiran. Sultan dan pembesar hilang kuasa.
3 Residen mencampuri adat tempatan dengan menghapuskan amalan hamba.
4 Residen mengambil alih kuasa dan hak memungut cukai yang dipegang oleh sultan dan pembesar.

2.4 Pembentukan Negeri Negeri Melayu Bersekutu

Mengapa Negeri Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan Sebab-sebab penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ialah:
(i) Tugas Residen yang tidak jelas.
(ii) Residen terlalu berkuasa.
(iii) Perbelanjaan di Pahang meningkat akibat penentangan
(iv) Perkongsian perkhidmatan ; pakar seperti doktor, jurutera, dan juruukur.
(v) Faktor keselamatan
(vi). Sistem perhubungan seperti ;' landasan kereta api dan jalan raya ; dimajukan

Bagaimanakah bentuk pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) (i) Perjanjian Persekutuan telah ditandatangani dan dikuatkuasakan pada I Jutai 1896.
(ii) Pusat pentadbiran terletak di Kuala Lumpur dan diketuai oleh Residen Jeneral.
(iii) Residen Jeneral yang pertama ialah ~ Frank Swettenham.

Mengapa Persekutuan Mencabar Kewibawaan Kuasa Sultan
1 Kuasa sultan semakin kurang.
2 Residen Jeneral berkuasa penuh.
3 Ketua Jabatan di Kuala Lumpur dikuasai oleh pegawai British.

Apakah tindakan Raja raja Melayu utk mendapatkan kuasa semula?

-DURBAR atau Persidangan Raja-raja Melayu ditubuhkan pada tahun 1897 bagi menyuarakan rasa tidak puas hati kepada pihak British.
5 Ahli-ahli Durbar terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi, Raja-raja Melayu, ~ Residen Jeneral, dan empat orang ; Residen.
6 Durbar pertama diadakan di Kuala ; Kangsar, Perak pada tahun 1897.
7 Melalui Durbar kedua pada tahun 1903, Raja-raja Melayu mendesak agar kuasa ; raja dikembalikan.
8 British menggantikan Durbar dengan , Majlis Mesyuarat Persekutuan pada tahun 1909.
9 Residen Jeneral digantikan dengan Ketua Setiausaha

Read more...

Bab 5 Kegemilangan Melaka

Pentadbiran yang Sistematik

Melaka mengamalkan Sistem pemerintahan bercorak ________________

Sistem Pembesar Empat Lipatan

1 . Peranan sultan
Menyelaras semua kegiatan ekonomi, lambang perpaduan rakyat, mengetuai hubungan diplomatik, menjadi ketua _________________ dan adat istiadat Melayu, mengetuai ____________, dan melantik _______________.

2. Sistem Pembesar Empat Lipatan
(a) Bendahara menjadi
____________________, ____________________, ______________, ______________, ________________, dan ________________________.
(b) Penghulu bendahari menjadi _______________________________, __________________________, ______________________, dan _____________________.
(c) Temenggung menjadi ketua ____________ dan ____________, penguasa _________________, ketua ___________________, dan hakim ___________________.
(d) Laksamana menjadi ketua ___________________________, ketua duta, pengawal peribadi ___________________, dan __________________________.


Pusat Perdagangan
Faktor-faktor perkembangan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa

1. Kedudukan geografi
(a) Melaka terletak di pertengahan ______________________ antara Timur dan Barat.
(b) Muara __________________________ yang dalam membolehkan kapal berlabuh dengan mudah, menurunkan barang dagangan, dan mendapatkan barang keperluan.
(c) Banjaran ___________________ dan Pulau ____________________ menghalang tiupan angin dan membolehkan kapal dagang berlabuh dengan selamat.
(d) Bentuk muka bumi yang _______________________ menjadi pedoman kepada pedagang untuk belayar dan menuju ke Melaka dan mengawasi keselamatan Selat Melaka.

2. Peranan Pembesar Pemangkin kemajuan perdagangan di Melaka
(a) Peranan ________________________________ ialah menguruskan pasar dan gudang, memeriksa alat timbang, sukat, dan mata wang, menjadi hakim di pelabuhan, menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal, menguruskan cukai, menjaga kebajikan, dan keselamatan pedagang
(b) Peranan ______________________ dan Orang Laut ialah menjaga perairan Selat Melaka dan menjamin keselamatan pedagang.
(c) Undang-undang ________________________ mengandungi peraturan dan tata tertib berniaga, hukum jenayah di kapal, cara berjual-beli, larangan dan tanggungjawab anak kapal, kiwi, dan nakhoda.
(d) Kemudahan di pelabuhan seperti gudang untuk menyimpan barang, tempat tinggal untuk pedagang, pengangkutan, tenaga pekerja, kemudahan membaiki kapal, dan bekalan makanan dan minuman.
(e) Sistem cukai yang berpatutan. Pedagang dari Barat dikenakan cukai ____________%, pedagang yang tinggal tetap di Melaka dikenakan cukai ____________________%, dan pedagang dari China dan jepun hanya perlu memberi ______________.
(f) Penggunaan mata _________________ yang diperbuat daripada timah yang dipanggil ______________________ serta wang emas, wang perak, dan wang timah dari Pedir, Pasai, Kembayat, dan Gujerat.
(g) Pelabuhan Melaka merupakan pelabuhan ___________________, iaitu pusat pengumpulan barang dari Kepulauan Melayu dan pusat mengedar barang dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu.
(h) Bahasa Melayu sebagai _______________________________ atau bahasa perantaraan antara pedagang dengan pembesar dan pedagang lain.


Kematangan Hubungan Luar

1. Hubungan serantau
(a) Hubungan Melaka dengan Pasai terjalin melalui ____________________antara sultan Melaka, iaitu Megat Iskandar Shah dengan puteri Pasai. Hubungan juga terjalin dalam bentuk pertukaran pendapat tentang hukum agama Islam. Kedudukan Melaka dan Pasai dianggap setaraf. Kerajaan Melaka pernah membantu Pasai menamatkan huru-hara dengan menghantar pembesar dan tenteranya ke Pasai. Melaka mendapat bekalan lada hitam, emas, dan beras dari Pasai.
(b) ___________________ membekalkan Melaka beras, bahan makanan, dan rempah.
(c) Hubungan terjalin apabila Melaka menakluki Siak dan Kampar. Kampar dan Siak menghantar ufti kepada Melaka. Siak dan Kampar membekalkan emas untuk kegiatan perdagangan dengan Melaka.

2. Hubungan antarabangsa
(a) Hubungan Melaka dengan China bermula pada tahun 1404 apabila _________________ melawat Melaka.
(b) Hubungan Melaka dengan ________________ bermula apabila Melaka menghantar Tun Telanai dan Menteri Jana Putera ke Siam. Siam membekalkan kayu jati, beras, clan bahan makanan kepada Melaka.
(c) Hubungan Melaka dengan Ryukyu (________________) terjalin melalui hubungan perdagangan clan diplomatik. Sultan Mansor Shah pernah mengirim surat kepada Raja Ryukyu memberitahu tentang pedagang Ryukyu yang melanggar undang-undang di Melaka.
(d) Hubungan Melaka dengan Gujerat (____________) terjalin melalui kegiatan perdagangan. Gujerat membekalkan kain dan menyebarkan agama Islam di Melaka. Pedagang Gujerat mendapatkan rempah dari Kepulauan Melayu.
(e) Pedagang Arab mendapatkan emas dan rempah dari Kepulauan Melayu dan kain sutera dan teh dari China. Pedagang Arab juga mengembangkan agama _____________ di Melaka.

Pusat Perkembangan Agama Islam

1. Kedatangan agama Islam ke Melaka
(a) Melalui perkahwinan sultan Melaka, iaitu Megat Iskandar Shah dengan puteri raja Pasai yang memeluk Islam.
(b) Mengikut Sejarah Melayu dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh ______________________________________ dari Makkah.
(c) Pedagang Islam dari Arab dan India menyebarkan agama Islam melalui kegiatan dakwah dan berkahwin dengan masyarakat Melaka dan menyebarkannya kepada penduduk tempatan.
(d) Sifat agama Islam, iaitu toleransi, adil, rasional, dan meliputi semua aspek kehidupan telah menarik golongan istana dan rakyat untuk menganut agama Islam.

2. Keunggulan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam
(a) _____________________ menjadi pusat penyebaran, pengajian Islam, dan pertemuan ulama dan pendakwah.
(b) Sultan menghantar pembesar ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama.
(c) Masjid, madrasah, dan surau berfungsi untuk mempelajari agama dan membaca al-Quran.
(d) Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawuf yang terkenal ialah Abdul Karim al -Jili yang mengarang kitab Insan al-Kamil.
(e) ____________________ Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan menyimpan kitab agama Islam.
(fl Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti ________________________, iaitu berbincang bersama pembesar dalam urusan pentadbiran.


3. Kegigihan Melaka menyebarkan agama Islam
(a) Melalui _______________________. Ramai pedagang asing yang memeluk Islam di Melaka dan menyebarkannya apabila pulang ke tempat asal mereka.
(b) Melalui peranan tentera upahan, seperti tentera upahan dari Jawa yang memeluk Islam di Melaka dan menyebarkannya apabila pulang ke tanah air.
(c) Melalui penaklukan. Raja di negeri taklukan memeluk Islam untuk menjamin keselamatan negeri dan menunjukkan taat setia kepada sultan Melaka.
(d) Peranan _________________________, ulama, dan ahli agama (sufi). Mereka telah menyebarkan Islam ke Jawa, Kalimantan, dan selatan Filipina dengan cara berhemah dan bukan dengan paksaan.
(e) Melalui ___________________________. Putera dan puteri Melaka berkahwin dengan putera atau puteri raja kerajaan lain. Contohnya, puteri Sultan Mansor Shah berkahwin dengan putera Raja Siak.
(fl Peranan pemerintah Melaka, contohnya menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari Pahang, Kampar, dan Inderagiri serta memberi galakan kepada pendakwah untuk menyebarkan agama Islam.

4. Sinar Islam di Melaka
(a) Dalam pentadbiran, institusi kesultanan telah menggantikan sistem beraja dan gelaran raja digantikan dengan ___________________________.
(b) Menggunakan undang-undang fikah (Syariah) seperti _______________________ dan _______________________________.
(c) Pengajian al-Quran menjadi asas sistem pendidikan di Melaka.
(d) Bahasa _________________ dijadikan bahasa ilmu dan lingua franca. Tulisan jawi
digunakan secara meluas.
(e) Agama Islam mempengaruhi kesenian, contohnya ukiran di kubah masjid, mimbar, mihrab, menara azan, dan batu nisan. Terdapat tulisan______________ dan ukiran berbentuk bunga, geometri, dan ayat al-Quran.
(f) Amalan dan budaya masyarakat Melaka yang dipengaruhi unsur Islam.


Pusat Kegiatan Ilmu
1. Istana menjadi pusat kegiatan perkembangan ilmu pengetahuan dan menjadi tempat perkumpulan golongan cerdik pandai yang terdiri daripada:
(a) Pengarang yang mengarang sejarah, menghasilkan pelbagai jenis kesusasteraan, menyusun salasilah raja, dan mencatat diari istana.
(b) Ulama yang menulis dan menterjemah kitab agama Islam.
(c) Jurutulis yang mengarang surat rasmi raja, menggubal perjanjian, dan menjadi guru kepada anak-anak raja.
2. Kegiatan menterjemah dan menyadur karya sastera dari Arab dan Parsi:
(a) Karya sastera terjemahan seperti Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Mullanunad Ali Hanafiah, dan Hikayat Iskandar Zulkarnain.
(b) Karya sastera saduran seperti Hikayat Bulan Belah, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Bakhtiar, Hikayat Nabi Wafat, dan Hikayat Nabi Yusof.
3. Istana menjadi tempat menyimpan buku penulis tempatan dan asing yang menjadi khazanah kerajaan.
4. Istana juga menjadi tempat perbincangan clan perdebatan alim ulama tentang hal agama. Contohnya, mereka membahaskan kitab Darul Manzum yang berkaitan dengan aspek ketuhanan.

Dasar Perluasan Kuasa

Cara-cara perluasan kuasa
1. Penaklukan
• Kerajaan yang ditakluki ialah Kampar dan Pahang.

2. Perkahwinan
• Putera dan puteri Melaka dikahwinkan dengan putera dan puteri negeri lain : seperti Pahang, Siak, clan Kelantan.

3. Kerelaan raja negeri lain
• Jambi dan Lingga.

4. Campur tangan dalam negeri
• Melaka memberi bantuan kepada kerajaan lain yg menghadapi huru-hara seperti Pasai.

Kebijaksanaan pemimpin Melaka .
Sultan Muzaffar Shah berjaya menguasai Pahang, Kampar, dan Inderagiri. Baginda menghantar ________________ menghadapi serangan Siam, menjalinkan hubungan dengan China, dan menyelesaikan perbalahan antara orang Melayu dengan orang India-Muslim. Sultan Mansor Shah berjaya menguasai Bernam, Perak, dan Siak.
Sultan Alauddin Riayat Shah merupakan pemimpin yang alim, gagah, mementingkan
Keamanan dan keselamatan dalam negeri, dan berjaya menguasai Aru.
Bendahara ___________________________ merupakan pembesar yang cekap dan berwibawa. Beliau berjaya menghalang serangan _________________.

Read more...

  © Blogger template Merdeka by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP