Jejak: Mat Salleh pahlawan terbilang Melayu Sabah

Oleh Nasron Sira Rahim (nasron@bharian.com.my)

British bersetuju beri kuasa kepada anak pembesar Sulu tadbir Tambunan selepas berdamai pada April 1898

PEJUANG kebangsaan Sabah, Mat Salleh dikatakan memiliki ilmu kebatinan yang tinggi sehingga menyebabkan British gagal membunuhnya walaupun beberapa kali serangan hebat termasuk menggunakan meriam, dilancar terhadap tokoh itu.

Beliau juga dikatakan memiliki ilmu kebal menerusi baju jaket yang dipakainya menyebabkan jasad pahlawan itu tidak cedera serta membolehkannya meloloskan diri ketika serbuan British dilakukan terhadap kubunya.

Selain diri tokoh pahlawan itu, cerita aneh dan ganjil turut dikaitkan dengan isterinya iaitu Dayang Bandang apabila wanita itu dikatakan tidak boleh menjejak kaki ke tanah. Dayang yang juga saudara kepada Sultan Sulu, hanya bergerak ke sesuatu tempat dengan diusung.

Nama sebenar tokoh itu adalah Datu Mohamed Salleh Datu Balu dan dilahirkan di Kampung Inanam. Bapanya seorang pembesar Sulu dan pemerintah daerah Sungai Sugut manakala ibunya seorang wanita Bajau. Beliau mewarisi jawatan bapanya sebagai pembesar Sulu di Sungai Subuk dan Labuk.



Sejarah perjuangan Mat Salleh menentang British atau Syarikat Borneo Utara British (SBUB) bermula pada 1894 apabila bangsa asing yang menduduki Sabah itu mula memperkenalkan peraturan dan syarat yang membebankan penduduk.

British memperkenalkan peraturan baru seperti pengamalan buruh paksa serta mengenakan cukai beras dan perahu. Tugas mengutip cukai pula diambil alih oleh pegawai British menyebabkan kekuasaan pembesar negeri semakin terancam.

Selain itu, kebangkitan Mat Salleh menentang British berpunca daripada semangat perjuangan jihad orang Sulu yang menentang Sepanyol di Filipina.

Babak permulaan kepada perjuangan Mat Salleh bermula apabila dua peniaga Dayak dibunuh beberapa penduduk.

Seorang kerani di Pulau Jambongan iaitu Haji Otang mengadu kepada British kononnya penduduk yang membunuh peniaga Dayak itu adalah pengikut pembesar berkenaan. Turut diadukan adalah sikap Mat Salleh yang seolah-olah menentang British apabila masih memungut cukai daripada orang belayar di Sungai Sugut walaupun tugas itu sudah diambil alih British.

Aduan itu menyebabkan British mengeluarkan arahan supaya Mat Salleh ditangkap. Mat Salleh sebaliknya tampil menyerah diri dan membela dirinya menyebabkan British terpaksa membebaskannya.

Pada 17 Ogos 1895, Mat Salleh bersama beberapa ketua tempatan dari Sugut pergi ke Buli Sim-sim berhampiran Sandakan untuk berunding dengan Gabenor Borneo Utara British, CV Creagh mengenai masalah cukai dan lesen yang diperkenalkan British selain tindakan biadap pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan.

Bagaimanapun, Creagh ketika itu tiada di kawasan berkenaan kerana sedang melawat Teluk Darvel. Ketiadaan ketua mereka menyebabkan pegawai British bertindak biadap apabila tidak melayan kehadiran rombongan Mat Salleh menyebabkan rombongan Mat Salleh terpaksa menunggu di muara selama dua hari.

Akhirnya mereka meninggalkan kawasan itu bersama perasaan amarah dan berasa terhina dengan perlakuan dan layanan British.

Sebaik Creagh kembali, pegawai British terbabit dipercayai memfitnah kononnya Mat Salleh bersama rombongannya, datang mengancam British menyebabkan lelaki asing itu membuta tuli mengarahkan Mat Salleh ditangkap.

Satu pasukan segera dihantar untuk menangkap pahlawan itu tetapi pasukan itu gagal mengesan kedudukan Mat Salleh. Berang dengan kegagalan mereka, pasukan British bertindak membakar dan memusnahkan kampung Mat Salleh serta merampas harta bendanya.

British juga mengisytiharkan Mat Salleh sebagai orang buruan dan ganjaran 500 ringgit diberikan kepada sesiapa yang berjaya menangkapnya.

Tindakan British itu yang cuba menjadikannya sebagai ‘kambing hitam’ menyebabkan Mat Salleh tidak lagi percaya akan ketelusan British. Tanpa melakukan apa-apa angkara, British menuduhnya mendatangkan ancaman malah memusnahkan kampung dan ingin menangkap dirinya.

Bagi mempertahankan diri berserta semangat jihad untuk mengusir penjajah, Mat Salleh kemudian mengangkat senjata dan mengisytiharkan peperangan dengan bangsa asing itu.

Serangan demi serangan berterusan dilancarkan kepada British. Mat Salleh turut membina beberapa kubu di Sungai Sugut dan Labuk bagi menangani serangan balas penjajah.

Menyedari yang Mat Salleh mula melancarkan serangan bersenjata, British melancarkan gerakan besar-besaran untuk menangkap pahlawan itu. Mereka mengutuskan satu pasukan diketuai Raffles Flint untuk menangkapnya tetapi gagal.

Pada 9 Julai 1897, Mat Salleh bersama pengikutnya dari Inanam dan Mengkabang bertindak menyerang dan memusnahkan balai polis dan bangunan kerajaan di Pulau Gaya.

Serangan itu berjaya mengalahkan British serta menaikkan semangat pejuang tempatan untuk mengusir penjajah dari bumi merdeka mereka. Selepas itu, Mat Salleh dan pengikutnya berundur ke Ranau dan di sana, beliau membina kubu yang kuat bagi meneruskan penentangan terhadap British.

Menyedari Mat Salleh bersungguh-sungguh untuk mengusir mereka dari bumi Borneo, British mula merancang strategi untuk menyerang balas dan memusnahkan kubu Mat Salleh.

Seterusnya angkatan perang penjajah itu dihantar menyerang kubu Mat Salleh pada 13 Disember 1897. Peperangan sengit tercetus menggegarkan bumi Ranau pada hari itu. Serangan demi serangan bagaimanapun menyebabkan British masih belum dapat memecah masuk ke dalam kubu berkenaan.

Bagaimanapun, British akhirnya memotong bekalan air menyebabkan pengikut Mat Salleh yang terkepung di dalam kubu kehausan dan tidak bertenaga untuk menentang askar British. British kemudian menyerbu masuk dan berjaya menawan kubu berkenaan.

Dalam serangan itu, bapa Mat Salleh terbunuh tetapi Mat Salleh berjaya mengundurkan diri. Kematian ayahnya menyebabkan kemarahan dan dendam Mat Salleh terhadap British semakin membara. Beliau terus melancarkan serangan demi serangan sehingga menyebabkan semakin ramai askar British terkorban.

British pula semakin tertekan dan gentar memikirkan kekuatan dan kehebatan Mat Salleh. Kegagalan untuk menangkap tokoh pahlawan itu menyebabkan mereka semakin tidak senang duduk. Pengaruh dan maruah mereka di Sabah juga semakin tercalar.

Akhirnya, ketakutan terhadap pahlawan itu menyebabkan British mengambil keputusan untuk berdamai dengan Mat Salleh pada April 1898. Satu rundingan diadakan dan antara isi perjanjian damai itu ialah British bersetuju memberi kuasa kepada Mat Salleh untuk mentadbir Tambunan secara bebas dan mereka tidak akan mengganggu pemerintahan pahlawan itu.

Pejuang kemerdekaan ditembak di Tambunan

UMPAMA biawak yang memiliki lidah bercabang, British akhirnya tidak mematuhi perjanjian damai yang dimeterai dengan Mat Salleh. Mereka kemudian berhasrat menduduki Tambunan yang sudah diserah kepada Mat Salleh menerusi perjanjian berkenaan.

Pencabulan perjanjian itu menyebabkan Mat Salleh tidak lagi mempercayai British. Mat Salleh mempertikaikan tindakan British dan mengugut akan membebaskan Sandakan dan Labuan daripada penjajahan bangsa asing itu jika mereka ingin menyerang Tambunan.

Pada 31 Disember 1899, kubu Mat Salleh di Tambunan digempur habis-habisan oleh British yang ingin merampas dan menjajah kawasan itu.

Satu pasukan terdiri daripada 140 askar diketuai Kapten Harrington bersama sebuah meriam besar menyerang perkampungan Mat Salleh sehingga pertempuran itu berlarutan selama sebulan.

Serangan terutama menerusi ledakan meriam itu menyebabkan beberapa kampung sekitar kubu Mat Salleh di Tibaba, musnah dan berjaya ditawan bangsa asing itu.

Pada 15 Januari 1900, kubu kuat milik orang Murut Tega’as dan kubu Mat Sator iaitu penolong Mat Salleh berjaya dimusnahkan British menyebabkan saki baki pahlawan hanya tinggal kumpulan Mat Salleh bersama pengikutnya yang terdiri daripada orang Bajau serta dua kubunya saja.

Pada 31 Januari 1900, British melepaskan tembakan meriam ke arah kubu Mat Salleh tanpa henti. Serangan bertali arus itu menyebabkan Mat Salleh terbunuh apabila ditembak ketika keluar dari sebuah lubang dalam kubu pertahanannya.

Mengikut cerita, Mat Salleh mati ditembak Tambunan ketika pahlawan itu tidak memakai baju kebalnya kerana ingin mengambil air wuduk bagi persiapan untuk menunaikan solat.

Hari itu, matinya seorang pahlawan yang gigih berusaha membela bangsa dan tanah air daripada dijajah bangsa asing.

Jasanya terus dikenang sehingga kini sebagai sebahagian daripada sejarah Sabah dan beberapa tugu antaranya di Kampung Tibaba, Tambunan dibina sempena memperingati pertempuran terakhir Mat Salleh dengan British.

Muzium Sabah juga membina sebuah memorial di kampung itu yang antara lain, isi kandungan pameran di memorial itu meliputi sejarah perjuangan Mat Salleh serta peralatan yang pernah digunakan pahlawan itu seperti senjata, batu asah, gambar, ilustrasi, catatan berkaitan serta serpihan tembikar.

Walaupun perjuangannya berakhir dengan kematian, nama dan pengorbanannya terus diingati penduduk negara ini umumnya dan masyarakat Sabah khususnya, sehingga apabila ditanya siapakah pejuang kemerdekaan negara di Sabah, pasti mereka akan menjawab: “Mat Salleh.”

Sumber: Sejarah ringkas Sabah; Perjuangan Mat Salleh di Sabah; Mat Salleh pahlawan Sabah; Sejarah Malaysia; www.mzm.sabah.gov.my (laman web Muzium Sabah).

FAKTA:
Antara syarat perjanjian damai British-Mat Salleh pada 19 April 1898.

# British berdamai dengan Mat Salleh pada April 1898. Satu rundingan diadakan dan penjajah bersetuju memberi kuasa kepada pahlawan Sabah mentadbir Tambunan.

# Mat Salleh dan pengikutnya yang menentang British diberi pengampunan.

# Penduduk di Sungai Inanam yang dikeluarkan dari tempat itu oleh kerajaan dibenarkan kembali selepas kekacauan di tempat itu dapat dihentikan.

# Mat Salleh dibenar menetap di Tambunan dan lain-lain daerah di pedalaman kecuali di Sungai Sugut dan Sungai Labuk. Beliau juga diminta memberi kerjasama dan mengarahkan pengikutnya mengikut arahan dan peraturan kerajaan.

# Mat Salleh diminta membantu kerajaan menangkap sesiapa saja yang melakukan kesalahan dan melaporkan kepada kerajaan segala pergerakan yang dilakukan olehnya.

petikan Berita Minggu 12 Ogos 2007

40 komen:

Prof. Marina Mikat 11 September 2012 pada 10:15 PTG  

Minta share..tq

Tanpa Nama 7 Jun 2013 pada 8:21 PG  

Mat salleh sebenarnya lanun..knp pihak british membunuhnya di tambunan kerana MS dan pengikutnya merompak..membunuh..merogol dan menindas masyarakat asal di tambunan..

Tanpa Nama 4 Oktober 2013 pada 10:05 PTG  

Tagahas itu bukan murut, tagahas itu suku kadazandusun yg asalnya dari kawasan tuaran. Mereka ini suku yang kuat dan bermusuhan dengan suku kadazandusun bundu-liwan. Mat salleh mengambil kesempatan ini untuk cuba menakluk tambunan dengan cara berusaha mempengaruhi suku pagan tagahas untuk menentang suku pagan bundu-liwan.kawasan kubu terkuat bundu-liwan ini ada d sunsuron dan tontolob. Semantara suku kadazandusun tagahas bersama mat salleh menbina kubu d tibabar. Semantara mat sator itu pemimpin suku kadazandusun di tambunan. Tidak ada suku murut d tambunan. Buat artikel tu biar berdasarkan fakta.

Tanpa Nama 4 Oktober 2013 pada 10:27 PTG  

Benar, kawasan tambunan itu dulunya merdeka dan tidak dijajah baik Brunei maupun sulu. Daerah itu diperintah oleh kepala-kepala suku. Daerah ini ialah daerah kadazandusun. Ada dua suku terkuat d daerah ini iaitu bundu-liwan liwan dan tagahas. Keduanya suku kadazandusun yang mengalami perang saudara yang lama. Ketika itu kedua-dua suku ini saling serang menyerang. Zaman ini praktik head-hunting. Berlaku. Suku bundu-liwan mempunyai pahlawan yg bernama bungkar yg bertanggungjawab memimpin banyak serangan ke atas kampung2 suku tagahas. Bungkar memenggal kepala beberapa pahlawan n pemimpin tagahas. Mat salleh yg ingin memperluaskan kekuasaan mencuba bermacam-macam cara termasuk tipu hela untuk menakluk tambunan seperti cuba menawarkan puteri sulu kepada kepala suku Di tambunan tapi tidak berasal. Mat salleh akhirnya mempergunakan permusuhan kedua suku terkuat d tambunan utk menguasai tambunan. Dia mengadakan perjanjian dengan suku tagahas dan suku ini menjadi angkatan tenternya. Mat salleh menyerang suku terkuat tambunan iaitu bundu-liwan dan Cuba menakluk kubu merek D sunsuron. Ketika inilah British mempergunakan suku bundu-liwan untuk menumpaskan mat salleh. Tentera British dengan bantuan suku kadazandusun bundu-liwan menyerang angkatan mat salleh yg dibantu oleh suku kadazandusun tagahas. Nenak moyang saya iaitu mat sator merupakan kepala suku kadazandusun d tambunan menjadi antara pemimpin kanan mat salleh. Selepas mat salleh tewas, kepala suku kadazandusun tambunan inilah yg meneruskan perjuangan mat salleh. Perjuangan mat sator dan kamunta hanya berakhir sekitar 1905. Namun nenek moyang saya sebelah ibu mengatakan mat salleh ini penjahat, perompak, perogol dab pemusnah. Ini berdasarkan pengalaman mereka sendiri ketika mat salleh dab angkatan tagahasnya menyerang kampung2 bundu-liwan, kerana suku bundu-liwan tidak mau mengakui mat salleh sebagai pembesar tambunan dan menolak menbayar wang kepala. Membayar wang kepala berarti membiarkan diri dijajah oleh mat salleh. Sebab itu suku ini menentang keras mat salleh.

Tanpa Nama 4 Oktober 2013 pada 10:38 PTG  

Sy kurang setuju mau mengatakan mat salleh sebagai hero sabah. Perjuangannya itu lebih untuk mempertahankan kekuasaanya kerajaan sulu d sabah dan memperluaskan kekuasaan sulu d sabah. Salah satu contohnya ialah daerah tambunan yg Cuba diserap sebagai jajahan sulu. Moyang sy yg ketika masih hidup juga bilang mat salleh ini perompak. Dia berusaha menjatuhkan suku bundu-liwan yg menentang dia supaya tambunan jatuh ke dalam kesultanan sulu. Usaha ini tdk berhasil sebab suku bundu-liwan menentang keras. Bila company datang, company bawa angkatan gurkah Dan iban bergabung dengan suku dayak kadazandusun Di tambunan iaitu bundu-liwan. Mat salleh dan suku dayak kadazandusun tagahas hancur. Dikatakan lebih 1000 angkatan tentera mat salleh mati, yg lain ditangkap. Kebanyakan yg mati n ditangkap itu dari suku tagahas. Ada juga banyak suku bundu-liwan yg menjadi tentera tali barut mat salleh yg mati tym kubu drg d tibabar kna kc hancur British n bundu-liwan.

Tanpa Nama 2 Disember 2013 pada 8:54 PTG  

mat salleh ada la ber bangsa suluk,dan mat salleh di ketika itu ada la pahlawan ke sultanan sulu, dan pada masa itu jagak sabah masih milik sulu..kan pm da kata! terdahulu sabah memang milik sulu..

Tanpa Nama 5 April 2014 pada 10:59 PTG  

Tagahas yang menjadi pasukan Tentera Mat Salleh di Tambunan itu bukan dari suku Murut tapi dari suku Dusun. Mat Salleh sebenarnya tidak berani menakluk daerah Tambunan dengan kekerasan kerana dia tahu suku Dusun Tambunan suku yang kuat. ketika mengetahui bahwa Dusun Liwan dan Tagahas pernah bermusuhan dan selama berpuluh tahun terlibat dalam perang saudara. sebab itu Mat Salleh ketik berjaya memperngaruhi Dusun Tagahas untuk membantunya, barulah Mat Salleh berani menggunakan kekerasan untuk menakluk Tambunan. bahkan ketika memiliki pejuang Tagahas di pihaknya, Mat Salleh sampai memiliki keberanian untuk menyerang Keningau. Menurut penulis Barat, hanya kawasan Sunuron saja yang tidak ditakluk oleh Mat Salleh dan pejuang Tagahasnya. orang Liwan berkubu di sana dan bermati-matian mempertahankan wilayah terakhir mereka itu dari si Mat Salleh.

Tanpa Nama 5 April 2014 pada 11:21 PTG  

Pembetulan :

1. Teg'as atau lebih tepat "Tagahas" (Tagahas ertinya "Yang Terkuat/the Stronge")bukanlah suku Murut seperti yang didakwa oleh penulis. Tagahas ialah suku Dusun dari Tambunan. tidak ada suku murut di daerah Tambunan.
2. Tagahas bukan suku Dusun yang berasal dari Tuaran. Tagahas ialah suku Dusun yang berasal dari kawasan hulu Penampang. suku Dusun Tagahas mendapat nama "Tahagas" dari suku Kadazan Tangaah yang tinggal di dataran kerana sifat suku Dusun yang pemberani dan tidak kenal takut.
3. suku Dusun Liwan berulah suku yang berasal dari daerah Tuaran. suku Liwan merupakan musuh tradisi
suku Tagahas, dan permusuhan ini berlaku sejak zaman "mengayau" sebelum kedatangan British. orang Liwan dan Tagahas seling serang menyerang untuk mendapat kepala sebagai tanda kepahlawanan. di Sunsuron, sebuah perkampungan Liwan, masih tersimpan banyak kepala yang berjaya dipenggal dari perang saudara itu.
4. Mat Salleh sebagai pemberontak atau Hero itu masing-masing peribadi yang menjawabnya. saya sendiri sulit mau menerima Mat Salleh sebagai Hero kerana kelakuan biadap yang dia lakukan ke atas penduduk Sabah yang tidak mau menerimanya sebagai pemimpin. salah satu dari pejuang Sabah yang menentang Mat Salleh ialah suku Dusun Liwan, Mat Salleh dan tenteranya yang terdiri dari sebahagian besar pejuang Tagahas, dan juga pasukan dari pejuang Dusun dari Menggatal, Bajau Tuaran dan Kudat, serta Dusun Lotud Tuaran bahkan gagal menakluk kubu suku Liwan di kawasan Sunsuron dan Tontolob di wilayah utara Tambunan. pemimpin suku Dusun kwijau dari Keningau bahkan menentang Mat Salleh. Gunsanad, pemimpin suku Dusun Kwijau dari keningau bersama Sampuun, pemimpin dusun Tambunan bersama tentera British yg terdiri dari pasukan Sikh dan Dayak, bergabung dengan suku Liwan di Tambunan, menghancurkan dua kubu Mat Salleh, satunya Kubu di Tibabar yang dipimpin oleh Mat Saleh sendiri, satunya dekat Kg.Toboh, kubu yang dipimpin oleh pembantu kananya, Mat Sator. Mat Sator ialah seorang pemimpin suku Dusun Tambunan yang menjadi orang kanan pentingnya. kita dapati bahwa,Mat Salleh hanya mempergunakan orang untuk kepentingan dirinya, terutama kerana dia iala seorang pembesar Sulu. dia mempergunakan suku Bajau dan Ilanun dari Menggatal, Ambong, Inanam, Kota Belud, Tempasuk, Kudat, Sandakan. Di Labuk dia mempergunakan suku dusun Dumpas, di daerah Ranau dia mempergunakan suku Dusun Liwan Ranau, di daerah Tambunan dia mempergunakan suku Dusun Tagahas, di Tuaran dia memeprgunakan suku Dusun Lotud dan Inanam.

sekian....

Unknown 29 April 2014 pada 8:37 PG  

Mana satu yg betul ni?

Tanpa Nama 16 Ogos 2014 pada 6:55 PG  

Cerita tanpa fakta adalah membezakan yang benar ataupun tdk benar. Kerana yg benar itu mestilah berpandukan dengan fakta dan bukannya cerita semata mata. Kenapa perlu bantuan dari british. Kenapa x menentang mat salleh sendiri. Kalau benar mat salleh itu jahat. Sbb setahu saya dari cerita org2 lama mat salleh menentang british dan talibarutnya ia itu org yg menyokong british. Dan kerana org2 yg menjadi talibarut britishlah kubu mat salleh dapat d robohkan. Nampak sangat kaum dusun dari suku Liwan adalah penyokong penjajahan british kerana british itu penjaja. Dan mat salleh itu adalah peribumi sabah. Bukti dan faktanya kaum dusun liwan meminta bantuan dari british. Kalau benar mat salleh dapat di kalahkan sewaktu meminta bantuan dengan dusun liwan kenapa tdk d bunuh sahaja. Peliklah. Dan setahu saya pemimpin kaum dusun namanya gembunan. Dan mati di bunuh oleh kaum dusun liwan dan jg suku2 yg suka menunjukkan kekuatan dengan memotong kepala pahlawan2 kaum dusun dari kampung lain. Buktinya banyak kampung2 yg masih menyimpan tengkorak2 sesama kaum sendiri. Wajarkah mat salleh di katakan pemberontak sedangkan ianya d serang british yg dtg kebumi sabah utk megaut hasil bumi peribumi sabah. Dan ianya menentang british dan tdk ada fakta menyatakan ianya menyerang kaum2 peribumi sabah yg lain. Fikir2kan lah.

Tanpa Nama 16 Ogos 2014 pada 7:12 PG  

Sebenarnya tengkorak-tengkorak tu bkn nya perang saudara. Tapi utk membuktikan kekuatan kaum masing-masing. Percaya atau tidak bila seseorang hendak berkahwin pada zaman itu. Pemuda yang hendak kahwin itu mestilah mendapatkan kepala dari kampung lain untuk membuktikan yang ianya dapat menjaga keselamatan keluarga dan wanita yg dikahwini nya. Tak percaya tanyalah orang yg menjaga hasil khzana itu. Kalau anda tahu wujudnya daerah tambunan pasti anda tahu akan cerita perbalahan kaum dusun di tambunan kerana pada ketika itu kaum dusun masih belum mempunyai peganggan agama. Kaum dusun yg kuat akan menindas kaum dusun yg lemah. Dan bagi sayalah mat salleh adalah anak kelahiran sabah. British adalah penjajah. Dan mat salleh menentang british jadi sesuailah ia di katakan penentang penjajahan. Dan kalau pahlawan sabah mkin jg sbb ia lahir d sabah.

Tanpa Nama 26 Ogos 2014 pada 6:54 PG  

Apa tarikh lahir dia , please bls ngn cepat

Tanpa Nama 16 September 2014 pada 8:21 PG  

Mat Salleh bukan pejuang Sabah. dia memberontak hanya mau kembalikan kekuasaan dia di hulu Sugut-Labuk dengan cara mempergunakan suku pribumi seperti Kadazandusun. Jikalau dia benar-benar pejuang, mengapa dia menghasut suku Dusun Tagahas untuk berperang melawan saudara sebangsa mereka sendiri iaitu suku Bundu-Liwan? Menurut kisah nenek koyang, Mat Salleh dan pengikutnya bahkan merompak dan merogol. perbuatan biadap dia inilah yang menjadikan banyak suku Dusun lain menentangnya. bahkan suku Dusun meminta bantuan British untuk menumpaskan kebiadapan Mat Salleh di kawasan pendalaman.

Tanpa Nama 19 September 2014 pada 6:36 PTG  

Betul ke ini tokoh2 kemerdekaan dia Sabah

Tanpa Nama 6 Oktober 2014 pada 8:54 PG  

Mat salleh lanun@mundu bahagian darat, sbub pula pirates of Borneo, yg lain 2 watak extra dalam sejarah war of lanun@mundu vs jack sparrows

Tanpa Nama 16 Januari 2015 pada 6:02 PG  

Dia bukan pahlawan..tiada bangsa melayu di sabah. Dia ni berbangsa sulu. Dia memberontak utk kpentingan diri sendiri. Dia ni pemungut cukai @ along.

Tanpa Nama 20 Ogos 2015 pada 6:49 PTG  

Memang pulak dia pejuang Sabah....kw nmpk kh MS merogol...ha!!!...yg jepun merogol moyang mu ndak plk kw kisah

Unknown 25 Ogos 2015 pada 2:53 PG  

mat salleh bukan pejuang , dia pengecut ! kalau benar dia hebat ..disokong oleh suku2 kaum tempatan, kenapa dia melarikan diri dari kudat ke Tambunan ? kenapa tidak terus di kudat kerana itu kampung asalnya!

terlalu banyak cerita yang ditokok tambah untuk penyedap cerita , hakikatnya hanya mereka yang merasa sahaja tahu kisah sebenar , siapa yg merasa dan tahu kisah sebenar? ialah orang Tambunan ! Tambunan menyimpan pelbagai kisah dan cerita mat salleh , bukan di inanam atau kudat atau petagas atau sandakan ,

apa orang tambunan kata? mat salleh itu pencuri , sebab apa ? kerana memang mat salleh mencuri binatang ternakan orang kampung, mat salleh minta dilayan sebagai seorang pembesar, mat salleh minta dihormati, disanjung,

mat salleh cuma berjuang kerana egonya, kerana kepentingan isi perutnya , kerana mahu jadi penguasa,
Tambunan , Ranau, keningau , nabawan , pensiangan adalah kawasan yang tidak pernah menjadi milik atau kekuasaan sesiapa , kawasan ini adalah kawasan merdeka , tapi mat salleh datang dan mengaku ini adalah kawasanya , mahu dilantik sebagai penguasa , pejuang apa begini ? pejuang perampas?

Keberanian Mat Salleh 26 Oktober 2015 pada 11:08 PG  

Hello jassin othman, kau sibuk tentang ego Mat Salleh, itu bukan suatu yang buruk malah ego itulah jati diri kebangsaan. Kau telah termakan oleh hasutan orang Kristian British yang datang untuk mencuri kekayaan negeri Sabah. Orang Kristian British lagi ego dan jahat, mereka membunuh anak sabah yang menentang dan melarang mereka dari mengutip cukai untuk Queen Kristian mereka di England.
Apa hak orang Kristian British di tanah Sabah?
Kalau suku suku kaum Sabah mereka ada ego dan hak mereka sebagai peribumi. Tetapi orang Inggeris apa hak mereka menceroboh seperti mereka menceroboh US dari kaum REd Indian.
Nasib baik ada Melayu yang ego macam Mat Salleh yang berani berperang dengan orang Inggeris. Sebab itu akhirnya orang Inggeris lari balek ke England.
Orang Inggeris juga bergantung kepada orang yang tiada jati diri seperti jassin othman untuk merampas tanah dan cukai dan melantik kompeni mereka sebagai penguasa.
Mereka membunuh orang Sabah, kau tak kisah?

Tanpa Nama 3 November 2015 pada 8:18 PTG  

Jangan Kaitkan Kristian bila mau buat artikel, Kristian tidak ada kaitan dengan perang Mat Salleh. Dan Mat Salleh juga bukan MELAYU. Bajau dan Suluk itu bukan MELAYU. Mengenai Mat Salleh, setiap orang ada pandangan mereka masing-masing, dan bagi pihak Dusun di Tambunan dan di beberpaa tempat, Mat Salleh bukanlah sosok pahlawan bagi mereka. apakah alasannya, mereka sudah tentu ada jawapannya. Sebelum kedatangan Mat Salleh, penduduk Tambunan sudah aman kira-kira 15 tahun lamanya, setelah suku Liwan dan Tagahas berhenti berperang selama 3 keturunan. Kedamaian ini dicalar sejak Mat Salleh datang ke Tambunan, setelah melarikan diri dari Ranau. Di Ranau, dan sbeelum ke Ranau, dia berkubu di Labuk-Sugut. Rata-rata pengikut Mat Salleh itu sendiri adalah orang Dusun. DI Labuk Sugut dia dibantu oleh Dusun Labuk dan Dusun Dumpas. Di Ranau dia dibantu oleh roang Dusun Bundu dan bahkan Liwan. Di Tambunan, dia disokong kuat oleh suku Dusun Tagahas dan Dusun Lotud, bahkan dari data sejarah lisan, ada juga Dusun Liwan dan Dusun Kwijau yang datang membantu Mat Salleh. Aki Langkap itu sendiri adalah orang Dusun Tagahas. Aki Tunggal itu orang Dusun Lotud, Aki Gadua itu orang Dusun Liwan. Bahkan selaind ari Aki Gadua, ada juga Aki Rumantai, salah seorang dari tiga orang kanan dia yang berperang dengan British. Aki Rumantai juga adalah orang Liwan.

Orang Liwan dan Bundu ketika itu hidup damai, bahkan pernah membantu Mat Salleh dengan memberikan dia dan pengikutnya makanan dan minuman kerika mereka bersembunyi di satu gua di dekat Sunsuron. tapi menurut kisah, Mat Salleh la yang lebih dulu mencari masalah. Orang sunsuron berhenti memberikan dia dan pengikutnya bantuan kerana Mat Salleh mulai meminta ayam, kerbau dan bahkan perempuan untuk mereka. Terjadi pertempuran antara Mat Salleh dan orang Sunsuron, orang sunsuron mengusir Mat Salleh keluar dari wilayah mereka. Setelah Perjanjian Palatan, Mat Salleh kembali lagi ke Tambunan dan menuntut orang Dusun mengiktiraf dia sebagai pemimpin. tidak ada Dusun yang mau mengiktirafnya. tapi dia berjaya mempengaruhi orang Dusun Tagahas untuk membantunya. Sejak Dusun Tagahas membantunya, dia memulakan kempen menundukkan suku-suku Dusun yang menentangnya. Hanya suku Bundu-Liwan di mukim Sunsuron yang tidak berjaya ditakluk. Kubu orang Bundu-Liwan ada di Sunsuron dan Tontolob.

Unknown 4 Januari 2016 pada 4:26 PTG  

OKK.Langkap,OKK.Tunggal,OKK.Gadua,OKK.Rumantai..(ORANG KAYA-KAYA).

Satria 10 Februari 2016 pada 1:50 PG  

Setiap orang ada pendapat sendiri......tapi knapa kita nk bergaduh hnya kerana dia....
Biarlah apa pun kisah psal dia atau keturunan dia, ianya xda kna mengena dengan kita...
Kita tak boleh percaya apa2 pun orang kata tanpa bukti & usul periksa, bukankah ianya
akan menjadi fitnah....?
Apa2 pun yg lepas biarkanlah berlalu, yg akan datang kita kna jaga. Buat apa bergaduh
untuk perkara yg sudah lepas. Sejarah tidak boleh diubah. Oleh itu kita pula jangan
mengulangi sejarah. Kalau bergaduh pun, apa manfaat yg kita akan dapat? Puas hati
sebab kita betul orang lain salah? Sudah2 la.... Kita hidup bermuafakat, bersatu
padu & saling hormat-menghormati. ☺ ☺ ☺

Tanpa Nama 23 Julai 2016 pada 2:12 PTG  

Mat salleh bukan pejuang. Orang tua2 di Tambunan, Papar dan beberapa tempat lain blg dia ni lanun. Berjuang menentang British pun cuma mau mengembalikan kekuasaannya.Kalau dia pejuang, utk apa dia laga-lagakan org Tagahas dan Bundu-Liwan? Untuk apa dia bakar kedai2 di Tambisan? Dia marah dgn British tapi kedai2 org kampung pula dia p bakar. Dia marah British, kedai2 di putatan dan tempasuk dia p bakar. Dia mo berkuasa jadi ketua d Tambunan, org Dusun dia laga-lagakan... Pejuang ka begitu

Jonjongot 23 Julai 2016 pada 2:19 PTG  

Sy dapat bayangkan, kalau sekiranya dia berjaya kalahkan British,dia pasti jadi pengganti British jadi penjajah. Terbukti tym dia sudah dapat backup dari suku kuat dr Dusun Tagahas, dia mulai berani pungut cukai untuk dirinya sendiri di Tambunan. Pdhl perjanjian Pulutan ckp dia cuma dibenarkan menetap d Tambunan bukan utk jadi ketua atau pemimpin Tambunan. Dia pula pandai2 mau jadi pemimpin Tambunan...

Jonjongot 23 Julai 2016 pada 2:24 PTG  

Sorry, sulu tak pernah menjajah Sabah apa lagi memiliki Sabah. Mana bukti sulu prnh menjajah Sabah? Mana surat hitam putih bukti sulu pernah memiliki Sabah? Pendalaman Sabah wilayah bebas, tak ada mana2 kesultanan yg pernah dpt menakluk pendalaman. Tambunan ketika itu juga wilayah bebas, bukan wilayah Brunei atau British, apa lg wilayah sulu. Tentera Sulu ini baru di pesisir pantai sd kena penggal. Kebanyakan sulu yg masuk pendalaman pun pedagang, kemudian kawin org tempatan terus mengkalaim tanah itu milik mereka..

Jonjongot 23 Julai 2016 pada 2:36 PTG  

Gombunan itu hidup 600-700 tahun dahulu, tak ada kait mengaitnya dgn zaman Mat Salleh. Kau tidak tau sejarah mengapa suku Liwan menentang mat Salleh jadi bole la ko ckp suka hati. Klo sy ceritakan mmg cukup menyayat hati, tak perlu la sy ceritakan. Harus diketahui tidak semua suku Liwan itu menentang Mat Salleh, Mat Sator sendiri org kanan mat Salleh yg berbangsa Dusun Liwan,penjaga kubu Kepayan dan toboh, bahkan byk suku Liwan yang lain ikut perang memihak mat Salleh.

Unknown 13 Mac 2017 pada 12:45 PG  

Hoii jangan kaitkan agama tiada kaitan agama dlm sejarah mat salleh org tua2 yg lahir tahun 20an-30an tahu cerita sebenar dan atuk saya sendiri pun tiada ckp mat salleh tu pejuang..kalau mahu tahu sejarahnya datang kampung saya di kampung sunsuron tambunan masih ada bukti kukuh di sana bekas benteng pertahanan mereka berperang dgn mat salleh mat salleh itu perompak

Tanpa Nama 14 Oktober 2018 pada 9:00 PG  

Memang dasar lanun zaman dahulu bah dia tu..kira samseng yg tdk diiktiraf,mcm pelarian la..kg sendiri tdk terima,maduk kg orang,berlagak pula nak jadi ketua

Unknown 2 Jun 2019 pada 4:25 PG  

Eiiii..mana satu btl ni? Blog yg menyushkn btl lh

Tanpa Nama 2 Jun 2019 pada 4:30 PG  

Kalau internet punto slh mklumt jd d mn lg nk cr mklumt yg tpt?!...aishh

Tanpa Nama 3 Jun 2019 pada 11:05 PTG  

Satu ja mau pesan : org² ckp jgn percaya apa dlm buku/internet bulat² ..Sekian Trima kasih

Unknown 5 Jun 2019 pada 1:41 PTG  

Adaka blog lain selain mat salleh ? Mat sator ? apa peristiwa penentangan dia d Tambunan ?

Unknown 30 November 2019 pada 4:53 PG  

Bagi sya Mat Salleh ni bukan seorang pejuang tetapi penyamun dari sumber2 yg saya baca.Dia yg mengenakan cukai kepada org tempatan

Unknown 30 November 2019 pada 6:55 PG  

Mat salleh bukanlah pejuang keamanan di Sabah atau pun Borneo Utara pada masa itu

Unknown 30 November 2019 pada 7:02 PG  

Ada satu nama yang kamu lupa sebut Aki Bungkar cuba kamu baca artikel mengenai Aki Bungkar

Turongou 10 Februari 2020 pada 3:22 PTG  

Betullah tu mat salleh pembuli dan pemalas. Malas kerja. Kutip cukai untuk makan.

Unknown 22 April 2020 pada 9:05 PG  

Itu tdk betul klu Mat Salleh merogol merampasmerumpak herta benda orang kg mat mat sa ad pehlawan Sabah yg menentang penjejah asing British yg mengaut keuntungan di negeri Borneo sabah jasa baik Mat Salleh di kenang sampi bila 2 masa pehlawan Sabah wira hero di kenang pehlawan mat salleh tak kan hilang di dunia Aamin

Unknown 25 November 2020 pada 12:58 PG  

Mat Salleh itu pehlawan yg terbilang yg cegah berani dengan suku kaum orang sungai Dumpas Labuk Sugut dan dusun Labuk Ranau wirayg mempunyai ilmu kebal pulas peluru Kelisa peluru dia TDK mati dia Taib dan berkahwin dengan puteri bunian

Unknown 13 Mei 2021 pada 8:08 PTG  

kalau dia jahat mengapa Mat Salleh yang datang dari Ranau sudah sedia ada pengaruh dan penyokong kuat dari kalangan kaum dusun dari sana? Ikut ceritanya dia dibawa oleh pengikut dia orang dusun masuk Tambunan sebagai perjanjian memberikan perlindungan pada dia mereka masuk Tambunan melalui Ranau..British setuju mahu berdamai dengan Mat Salleh melalui rundingan dengan sultan Sulu bahawasanya kawasan Tambunan adalah wilayah dia bersama orang orang dusun pengikut dia, British tidak campuri.. di sana berlaku berkelahi antara dua puak dusun pengikut Mat Salleh dengan Dusun liwan Kerna dua puak dusun ini sebelum Mat Salleh datang lagi sudah
sedia ada dendam..ikut cerita yang sya dengar pasal serangan tu Mat Salleh hanya membantu saja melunaskan dendam lama puak penyokong dia ke atas dusun suku Liwan, dia sebenarnya tidak terlibat dalam pertelagahan dua suku puak dusun itu..dan sebagai imbuhannya jasa Mat Salleh dengan puak penyokong dia mereka sepakati perjanjian taat setia, perlindungan dan tanah pada dia..tetapi di akhir peperangan tu suku dusun penyokong dia mengkhianati perjanjian jadi pembelot menyokong british menentang Mat Salleh..dia kalah kerana pengkhianat dari puak dusun penyokong dia..itu cerita yang sya dengar dari sebelah pihak pula

Cheat Hunter 7 Oktober 2021 pada 4:49 PG  

Aku setuju, Mat Salleh hanya perompak dari Suluk. Tanya saja orang tua tua Tambunan. mereka kata apa hero, dia penyamun dannperogol

  © Blogger template Merdeka by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP